Posts

Showing posts from January 8, 2018

#Hadith40 Islam, Iman dan Ihsan

Umar r.a pernah melaporkan, " Suatu hari, ketika kami duduk-duduk di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang seorang lelaki dengan memakai baju yang sangat putih dan rambutnya berwarna sangat hitam, tidak nampak padanya kesan-kesan perjalanan jauh dan tidak ada seorang pun antara kami yang mengenalinya. Dia kemudiannya duduk di hadapan Rasulullah SAW lalu merapatkan kedua-dua lututnya kepada lutut baginda sambil berkata, " Wahai Muhammad, beritahulah aku tentang Islam? " Maka, Rasulullah bersabda, " Islam adalah apabila engkau bersaksi bahawa tidak ada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad adalah utusan Allah, engkau mendirikan solat, menunaikan zakat, puasa Ramadan dan menunaikan haji jika mampu. " Kemudian dia berkata, "Engkau benar". Kemudian dia bertanya lagi, " Beritahulah aku tentang iman. " Lalu baginda bersabda, " Engkau beriman kepada Allah , malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya dan har...