#Cerpen Harapan
"AWAK boleh jadi first player tau". Masih terngiang-ngiang kata-kata itu dalam benak fikiranku. Rasa semacam tidak percaya dengan apa yang diungkapkan itu. Benarkah? Terasa seakan bermimpi. "Ah, ye ye o je coach tu cakap macam tu. Ala .. entah-entah dia saja kot bergurau". Monologku sendirian. Tapi hati aku ini rasa tidak tenteram sahaja bila coach berkata sedemikian denganku. Bukan aku tidak percaya dengannya, tetapi aku kurang yakin dengan apa yang dikatakan itu. Tapi dari riak wajahnya, tidak nampak pun seperti dia bergurau."Aduh, kusut kepala aku fikirkan benda ni. Esok dah la ada ujian. Buat pening kepala je fikir masalah ni. Kalau dah tertulis itu rezeki aku, alhamdulillah. Tapi kalau tak ada, tak pe lah kan, haih".Rungutku sendirian. "Kau ni dah kenapa Syafie? Dari tadi aku dok penghati je kau ni. Resah semacam, apahalnya ni? Kalau ada masalah share je lah dengan aku" t anpa aku sedari, Fahmi yang dari...