Sambung Study Mana ?
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Hai dan assalamualaikum semua ... Alhamdulillah. Kita merancang, Dia juga merancang. Dan ketahuilah kawan-kawan semua bahawa Dia adalah sebaik-baik perancang. Kadang kita minta pada Dia apa yang kita mahu, tapi Dia beri yang lain. Dia beri yang lain itu adalah sebab Dia lebih mengetahui apa yang kita tidak ketahui. Kita tidak tahu sama ada apa yang kita mahu itu adalah yang terbaik atau tidak pada kita. Jadi, the conclusion is ... Bersyukurlah dengan rezeki yang telah Allah tetapkan buat kita. And alhamdulillah ... Saya dapat tawaran UM dalam bidang Kaunseling. InshaAllah, doakan yang baik-baik buat diri ini. Bagi diri saya sendiri, ini adalah satu rezeki dan juga cabaran buat saya. Sebab? Mungkin sebab suasana @ persekitaran. Mungkin juga sebab bidang pembelajarannya. Dan sebagainya. Pernah tidak kita terfikir? Apa yang dimaksudkan dengan 'Allah uji kita sebab kita mampu'? Mest...