Oh Ramadhanku !
Tatkala ku dengar Ramadhan makin hampir Hati rasa tak keruan Bukan kerana aku tidak suka Tapi kerana bimbang Bimbang tidak dapat bertemu dengannya lagi. Tatkala Ramadhan telah tiba Syukur di hatiku tak terhingga Kerna hajatku telah tercapai Untuk menyambut tetamu special ini. Tatkala aku menjalani ibadah puasa ini Rasa lapar dan dahaga teramat Tapi ini suruhan Tuhan Sanggupkah aku mengingkarinya? Kerna aku hanyalah seorang HAMBA. Tatkala di bulan mulia ini Aku lihat ramai yang berpusu-pusu Melakukan amalan kebajikan Tatkala itu juga Sering aku terfikir Terimakah Tuhan segala amalan yang ku lakukan? Tatkala diri menghadap Ilahi Di bulan yang penuh mulia ini Berteleku di sejadah yang lusuh Baru ku tersedar Betapa hinanya diriku ini Atas segala dosa yang telah aku lakukan Masih terbukakah ruang pengampunan buat diri ini? Tatkala Ramadhan hampir berlalu Suatu malam yang penuh istimewa pasti berlaku Buat hamba yang ...