Posts

Showing posts from June 24, 2016

Surat Cinta Untuk Awak

Image
Surat cinta. Aca-aca gempak bukan? Ceyh, perasan. Aiwah,sambung. Hakikatnya, hanyalah sekeping warkah biasa. Bezanya, ia tertulis kerana cinta. Penulisan yang penuh rasa. Bait dan klausanya melirik manja. Frasanya membuai jiwa. Terkadang efeknya menjemput tawa, senyum, ceria bahkan tangis jua. Biasanya tujuan kita hanya untuk meluahkan rasa, menyatakan kasih. Terkadang ianya disertai dekorasi menarik bahkan wangian mempersona sebagai 'penambah rasa'. Lebih menusuk ke pangkal lubuk benak pembaca. Terhipnotislah si dia. Lantas menjadikan warkah itu sebagai khazanah terpelihara, perlu dijaga sepenuh jiwa dan rasa. Walau hakikatnya hanyalah sekeping kertas. Tetapi ... Ia takkan berguna jika tidak disambut dengan cinta jua. Membuatkannya terbaca tanpa intonasi ghairah, tiada simfoni cinta yang menggugah, melodi cinta hancur musnah. Malah, mungkin dikoyak ia lalu dibuang daripada memori cinta. Ya, ia bergantung kepada klien cinta untuk bekerjasama membina jambata...