TIPS Menghadapi Temuduga
sumber : google Sebut sahaja temuduga, pasti ramai yang tidak menggemari untuk menghadapinya. Tetapi apakan daya, zaman sekarang ini banyak peluang pekerjaan yang WAJIB kita hadiri temuduga bagi melayakkan diri untuk bekerja di tempat itu. Bukan sahaja untuk pekerjaan, malah hendak melanjutkan pelajaran ke tempat-tempat yang terbaik juga perlu untuk melepasi ujian temuduga terlebih dahulu. Iya lah, mana ada boss atau majikan yang mahukan pekerja atau pelajar yang biasa-biasa sahaja. Sudah tentu mereka mahukan yang terbaik dan mampu memberikan komitmen yang cemerlang. Pasti ramai yang mempunyai banyak pengalaman menghadiri temuduga-temuduga pekerjaan mahupun menyambung pelajaran di tempat-tempat tertentu. Tetapi sangat sedikit yang berjaya menawan hati para penemuduga serta menepati ciri-ciri yang diinginkan oleh para penemuduga tersebut. Ya, pasti ramai yang kata “dah itu bukan rezeki kita,...