#Cerpen Harapan
VTMP 2015
Malam itu aku rancang untuk tidur lewat sedikit dan ditemani oleh Fahmi. Kami rancang untuk mengulangkaji pelajaran sedikit malam ini memandangkan hari esok aktiviti yang sama berulang lagi, latihan bola tampar seperti biasa.
"Fahmi, kau nak study apa?" soalku.
"Study Add Math, yok?" jawabnya mengajakku.
"Hah ? Kau serius ni? dah la malam-malam buta macam ni. Nanti kang ngantuk pula, membazir je waktu".
"Kau ada nampak muka aku macam main-main ke? Kalau kau nak belajar subjek lain, tak apalah. Lagipun, hari Ahad nanti periksa Add Math. Dah lah subjek killer ni, haha".
"Haa.. ye lah, ye lahh. Aku follow kau". Mahu tidak mahu, aku mengikutinya sahaja.
Belajar Matematik Tambahan. Agak mengantuk dan stress apabila ada soalan yang tidak mampu diselesaikan. Lebih-lebih lagi malam-malam jawab soalan-soalan killer sebegini. Tetapi, aku dan Fahmi tekun mencuba jawab soalan-soalan yang terdapat di dalam buku latihan.
"Mie, soalan function nombor sepuluh ni kau dapat tak jawapannya? Aku tak dapatlah. Boleh tolong tunjuk ajar tak?" soalku kepada Fahmi.
Senyap.
"Mak aihh .. tadi beria ajak aku belajar subjek killer ni, ni dia pulak yang tidur dulu. Haihh .. Fahmi, Fahmi ..". ujarku sendirian setelah menoleh ke arah kiriku, tempat di mana Fahmi duduk.
Terasa sunyi sebentar. Seram pun ada juga. Tetapi disebabkan belum rasa mengantuk, aku teruskan menjawab soalan-soalan Add Math yang agak 'senang' ini. Tekun.
"Fahmi ni.. buat seram aku saja seorang diri belajar kat sini " bebelku sendirian. Aku berhenti seketika setelah penat memerah otak menjawab soalan-soalan Add Math ini. Huhh .. Aku mengambil kesempatan ini untuk membaca semula luahan isi hatiku di dalam sebuah diari yang ku tulis siang tadi. Walaupun hakikatnya aku bukanlah seorang penggemar menulis diari.
Khamis, 13.3.2015
Sukan bola tampar. Sangat-sangat asing dalam diriku. Pada mulanya, aku hanya ingin mengisi masa lapang sahaja dengan menyertai kelab bola tampar ini. Tapi setelah berjumpa dengan Coach Zarief dan telah menyertai beberapa latihan yang diadakan, aku mula tertarik dan jatuh hati dengan sukan ini. Walau agak sukar untuk memantapkan asas dalam sukan ini, aku tetap mencuba sedikit demi sedikit. Senior-senior juga ada yang mengajar cara-cara yang betul untuk memantapkan lagi asas digging dalam permainan ini kepadaku. Sungguh aku hargai sangat-sangat dan alhamdulillah aku mampu untuk digging dengan baik sekarang ini walaupun tidaklah seberapa hebat dengan teman-temanku yang lain. Coach Zarief juga memuji-mujiku. Syukur alhamdulillah.
Tapi aku sedar yang aku tidak sekuat ahli-ahli yang lain. Kekuatan dalaman juga luaran. Latihan-latihan tangan yang diberikan aku lakukan dengan bersungguh-sungguh. Masa tetap berjalan. Sudah hampir dua minggu aku menjadi ahli kelab bola tampar ini dan dalam masa yang sama aku belajar mengenali sukan ini dengan lebih mendalam. Jujur aku katakan, sangat-sangat seronok. Dengan ukhuwah yang dijalinkan, hati kami menjadi satu. Coach Zarief selalu berpesan kepada kami semua. Dalam permainan bola tampar ini, perlukan kerjasama yang baik antara satu sama lain. Ukhuwah yang cun mesti ada. Attitude pun kena baik supaya mereka yang di luar sana melihat Islam itu indah. Kebersihan pun mesti dijaga lebih-lebih lagi selepas tamat latihan, mesti kemas alatan-alatan permainan dan lain-lain. Begitulah Coach Zarief. Sentiasa menasihati dan memberi kata-kata perangsang kepada kami semua.
Sehinggalah suatu hari itu, coach melatih kami untuk spike bola. Teman-temanku semua hebat-hebat belaka. Entah kenapa, aku jadi lemah bila time part ni. Sangat-sangat lemah. Aku cuba dan terus mencuba untuk merejam bola itu sekuat hati. Tapi entah mana silapnya, terlalu lembik tangaku ini untuk merejam. Coach memarahi aku. Malu. Teramat malu dengan teman-teman yang lain. Disuruhnya aku membuat latihan tangan. Aku akur. Ya Allah, Kau kuatkanlah aku. Tamat sahaja latihan, aku menangis sendirian. Hilang sifat kelelakian aku. Memang aku diciptakan sebegini rupa, mudah tersentuh.
Sejak kejadian tersebut, aku berazam. Aku bukan pengecut. Aku bukan orang yang lemah.
Aku akan buktikan dekat semua orang yang aku ......
"Wroof !!! Wroof !! Wroof !!!" bunyi anjing di belakang asrama mengejutkanku. Maklumlah, di belakang asramaku adalah perkampungan orang cina.
"Huh, buat terperanjat aku sahaja" ujarku dalam keadaan terkejut. Aku meneruskan bacaan diariku.
Aku akan buktikan dekat semua orang yang aku mampu untuk .......
" Aaaaaaaaaa !!!!" bunyi suara orang menjerit kedengaran. Seram sejuk aku mendengarnya. Terusku capai selimut dan terus berselubung sambil memejamkan mata untuk tidur. 'Ya Allah, bunyi apa tadi tu?' bisikku sendirian.
***
Keesokan paginya, Fahmi mengejutkan aku daripada tidur untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah di musolla. Aku memandang sekeliling. Huh !! Aku menarik nafas lega. Dah pagi rupanya. Aku bergegas ke tandas untuk mencuci muka dan berwuduk.
Setelah selesai solat subuh berjemaah, aku bersiap-siap untuk bersarapan di dewan makan seperti biasa. Setelah itu, aku turun ke court bola tampar kerana sebentar lagi latihan akan bermula. Segelintir daripada teman-temanku sudah berada di tengah-tengah court. Tepat jam 8, latihan bermula.
"Allahumma innaka ta'lamu, anna hazdihil qulub ... Qadijtama'at ala mahabbatik, wal taqot 'ala to'atik ..." bacaan doa rabitah dimulakan oleh kami semua seperti biasa sebelum memulakan latihan. Salah satu cara untuk merapatkan ukhuwah kami dengan mengamalkan doa ini sentiasa. Karena doa adalah senjata orang mukmin.
Setelah selesai membaca doa rabitah, regangan badan dilaksanakan agar semasa latihan nanti tiada yang mendapat injured. Seperti sukan-sukan yang lain juga. Sebelum latihan bermula mestilah melakukan warm up badan. Tidak lama kemudian, Coach Zarief tiba di court. Kadang-kala hati ini tidak dapat menerima apa yang dilakukannya kepada tempoh hari. Tetapi aku kuatkan diri untuk membuktikan yang aku mampu lakukan yang terbaik. Kami semua bersalaman dengan Coach Zarief tanda hormat.
"Sudah sarapan pagi semua? Ada sesiapa tak yang tidak bersarapan lagi?" soal coach kepada kami semua.
"Sudah coach !!!" laung kami. Cuma ada segelintir yang tidak bersarapan lagi. Coach Zarief memberikan kami kuih-muih yang yang dibelinya di kedai sebentar tadi sebagai alas perut.
Latihan bermula.
"First player team A dan team B masuk court" ujar coach.
"Kita akan adakan perlawanan persahabatan" tambahnya lagi.
Pritttt !!! Perlawanan bermula.
"Okayy .. sedia semuaa !!" laung Aiman, kapten team B.
"Leg go" aku menyambut bola yang diserve oleh team A.
"Spike, Rahimm !!!" laung Aiman.
Masa seakan terhenti. Bummm !!! Bola menyentuh lantai court.
Prittttt !!! 25-24. Kali ini, team B mampu mengalahkan team A walau beza mata hanya satu. Aku mengucapkan syukur.
"Team B up ! Team B !!!" jerit Rahim penuh semangat.
"Hesssss !!" sambut kami semua dalam kesyukuran yang tidak terhingga.
Masing-masing pergi ke tepi court mendapatkan air minuman. Kepenatan. Penat berjuang untuk team masing-masing. Sambil kami semua menghilangkan lelah, Coach Zarief mengulas atau lebih dikenali lagi sebagai 'komen' tentang permainan kami sebentar tadi.
"Nampak kan tadi macam mana permainan kamu semua? Team B boleh kalahkan team A. Sesuatu yang agak mustahil tapi saya percaya kamu semua boleh. Perlukan kekuatan, kerjasama, kesatuan antara kalian semua. Lagi satu sungguh-sungguh. Syafie, nampak kan sekarang ni, awak boleh jadi first player. Awak mesti tak sangka kan! Saya percaya awak boleh buat. Tapi tempat awak tu masih tak kekal lagi. Bila-bila masa sahaja pemain-pemain yang lain boleh ambil alih tempat awak. Jadi saya harap awak kekalkan prestasi awak sekarang ni. Boleh ni Syafie?" soal coach.
Aku hanya tersenyum dan mengangguk. 'Terima kasih coach'. Bisik hatiku. Latihan bola tampar tamat di sini pada hari ini.
"Wah Syafie ... maju dah sekarang. Baru je masuk vt, dah dapat jadi first player. Tahniah-tahniah !" ujar Ijat kepadaku.
"Alahai .. haha. Alhamdulillah. Tapi bukannya first player team A pun, untuk team B je kot .. haha, terima kasih. Kalau aku tak asyik kena marah saja dengan Coach Zarief, tak mungkin lah aku dapat jadi first player ni. Lagipun tempat aku ni masih tak tetap lagi lah" jawabku.
Masa berlalu dan terus berlalu. Memandangkan perlawanan MSSD sudah semakin hampir, latihan bola tampar juga kerap diadakan pada setiap petang. Perlawanan persahabatan dengan sekolah-sekolah yang lain juga turut diadakan. Dalam masa yang sama , kelas-kelas tambahan bagi subjek-subjek killer juga tidak dapat ku abaikan. Maklumlah, tahun ini aku akan menduduki peperiksaan SPM, penentu masa hadapanku.
"Abang Syafie, petang ni ada perlawanan persahabatan dengan Sekolah Dato' Ali dekat tempat biasa tau. Jangan lupa tau" ujar Zaki, juniorku juga salah seorang daripada ahli kelab bola tampar.
"Alahh .. abang ada kelas Matematik Tambahan lah petang ni. Gantikan orang lain boleh tak? Maaf sangat-sangat. Abang tak dapat turut serta. Inform dekat kapten ea nanti" jawabku kerisauan.
"Kalau macam tu, tak mengapalah bang. Study elok-elok. Nanti saya cari ahli yang lain untuk gantikan abang. Abang tak usah risau" balas Zaki seolah-olah memahami diriku.
Hari berganti hari. Sudah beberapa kali aku tidak menyertai perlawanan persahabatan serta latihan yang diadakan kerana sibuk menghadiri kelas tambahan. Sukan dan pelajaran. Sudah tentulah pelajaran yang lebih ku utamakan.
"Arhhhhhhh !!!" aku mengeluh sendirian.
***
Seminggu sahaja lagi sebelum perlawanan MSSD diadakan. Coach Zarief juga kerap hadir dalam latihan kami untuk melatih dan memantapkan lagi asas-asas kami dalam permainan ini. Perlawanan persahabatan antara team A dan team B juga tidak ditinggalkan. Latihan digging, set, spike. Semuanya dilatih oleh Coach Zarief untuk memantapkan lagi asas-asas ini dalam permainan kami. Pemain-pemain simpanan juga tidak diabaikan.
"Syafie, kenapa awak macam makin merudum ni? Come on lah .." ujar coach kepadaku.
Aku tersenyum kelat. Ada benarnya juga kata coach. Kenapa ya? Latihan diteruskan.
"Syafie, digging dengan Shafiq" arah coach. Aku akur.
'Aduh, kenapa aku macam makin merudum je ni?' bisik hatiku. Sedar juga cara aku bermain bola tampar tadi agak berlainan. Cara aku menyambut bola dan menghantar bola ke pihak lawan. Sangat-sangat lemah. Seolah-olah kembali ke diri yang lalu. Tidak bersemangat dan berkeyakinan langsung. Seolah-olah diri ini sudah begitu hebat dengan gelaran 'first player' itu.
'Dalam sukan bola tampar ini, awak ceburi sukan ini. Datanglah seolah-seolah awak awak membawa satu botol yang masih kosong lagi dan awak cuba penuhi botol itu dengan air. Sedikit demi sedikit. Bukannya awak datang sini seolah-seolah botol yang awak ada itu penuh dengan air dan awak rasa awak tidak perlu lagi mengisinya dengan air. Saya harap awak semua faham dengan apa yang ingin saya sampaikan ini'. Masih terngiang-ngiang dalam benak fikiranku dengan nasihat yang diberikan oleh Coach Zarief.
"Syafie, kau okay tak ni? Jom, digging dengan aku" ujar Shafiq. Aku menyambut bola yang dicampakkannya kepadaku.
"Ahh, aku okay je Shafiq. Mungkin aku agak keletihan sedikit. Maklumlah, dengan kelas tambahannya, dengan sukannya lagi. Lagipun, aku baru sahaja menceburi sukan bola tampar ini. Tiada pengalaman nak bahagikan masa. Hahaha, kau jangan risaulah" balasku.
Latihan tamat.
"Syafie, kenapa awak makin merudum? Tak datang latihan, ya?" soal coach.
"Ahha, mungkin kot. Kelas tambahan banyak" jawabku.
"Saya harap awak boleh bangkit balik. Saya percaya pada awak" ujar coach dengan sepenuh keyakinannya terhadapku.
"In shaa Allah, coach" jawabku sambil tersenyum kelat.
Coach Zarief. Sangat-sangat yakin dan berharap ke atas diriku. Ya Allah, Kau permudahkanlah.
"Baiklah, team A sudah semakin meningkat. Saya harap kamu semua dapat mengekalkan lagi prestasi dan kalau boleh tingkatkan lagi ya. Team B pula, masih banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki. Teruskan lagi usaha kalian. Okay, dah boleh bersurai. Terima kasih semua" ulas Coach Zarief terhadap corak permainan kami semua.
Dua hari lagi.
"Syafie, tolong. Saya percaya awak" ujar coach kepadaku sebelum latihan bermula. Aku hanya mengangguk.
Latihan pagi itu tidak ku sia-siakan. Aku berlatih dengan bersungguh-sungguh. Sepenuh keyakinanku. Tapi entah dimana silapnya, ternyata aku masih lemah. Banyak lagi yang perlu diperbaiki. 'Ya Allah, tabahkan aku' bisik hatiku. Entah kenapa, tiba-tiba aku rasa sedikit pening kepala. Aku pandang ke bawah. Cecair merah mula menitik ke atas lantai court. Ku usap hidungku. Ah, darah. Pandanganku juga agak kabur. Gelap.
"Ehhhh ... Abang Syafie !!! Coach, abang Syafie pengsan !! Hidungnya juga berdarah" laung Zaki.
"Eh, Syafie! Bangun, bangun. Zaki, awak pergi ambil air dengan kunci kereta saya atas meja tu" arah coach kepada Zaki. Ahli-ahli kelab bola tampar yang lain mengerumuniku. Mereka juga agak terkejut dengan kejadian yang kejadian yang berlaku ini.
Aku membuka mata. Masih terasa berpusing kepalaku ini. Dimanakah ini?
"Syafie, syukurlah awak dah sedar. Awak ada di wad hospital ini. Tadi hidung awak berdarah dan awak pengsan tadi. Badan awak kekurangan air, panas dalam pula itu" pinta coach. Ahh, baiknya coach. Aku tersenyum.
"Terima kasih coach hantar saya ke hospital ini. Susah payah sahaja coach ni" balasku.
"Apa pulak susah payah? Takkan saya nak biar sahaja awak kat situ tadi? Awak semua adalah tanggungjawab saya sekarang ini. Dah, yang penting awak banyakkan berehat sahaja. Penat sangat lah itu agaknya".
"Ahha, betullah tu kot. Penat sangat. By the way, thanks again coach".
"Tapi, saya rasa awak tak payahlah bermain bola tampar dahulu buat masa ini. Gantikan dengan pemain lain sahaja, boleh?" soal coach. Aku tersentak.
"Ermm, nak buat macam mana kan. Mungkin rezeki saya bukan di sini. Tidak mengapalah coach, carilah orang yang betul-betul boleh gantikan saya. Lagipun, sejak akhir-akhir ini prestasi saya semakin merudum" jawabku akur. Walau berat hati ini untuk mengungkapkannya, tapi aku perlu redha. Coach Zarief hanya tersenyum.
Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba.
"Aiman, Zaki, Nabil, Amir, Fahim, Zairul, Izzat. Buat yang terbaik untuk team B tau. Jangan rasa yang kamu semua lemah. Perlukan kerjasama yang baik. Yakin pada diri sendiri. Saling bantu-membantu antara kalian. Jangan bermain dengan emosi, tapi mainlah dengan hati. Ingat pesan abang ni" pintaku kepada ahli-ahli team aku. Aku hanya menjadi pemain simpanan sahaja untuk team B.
"Team B up !!! Team B !!!" laungku sekuat hati untuk menyuntik semangat kepada ahli-ahli teamku.
"Hessssss !!!" sahut mereka semua.
Debaran kian terasa.
Pritttttt !!!! 14-5. 'Mereka bermain dengan emosi, tidak dengan hati' bisikku sendirian apabila melihat ahli-ahli teamku bermain. Kecewa. Walaupun aku tidak berada dalam posisi mereka, aku dapat merasakan apa yang mereka rasa. Semangat, keyakinan mereka hancur. Mereka sebenarnya dalam ketakutan. Apa yang patutku lakukan?
"Team B, bangkit !! Yakin, jangan gentar ! Allah ada" laungku sekuat hati. Aiman tersenyum kepadaku.
Tiada kata yang boleh ku ungkap. Doa dan harapan tidak putus-putus di bibirku.
Prittttttt !!!! 21-18.
"Tidak mengapalah, yang penting kalian semua sudah mencuba. Bukan rezeki kalian semua di sini" ujarku menenangkan mereka semua.
"Terima kasih, Syafie sebab sentiasa sokong kami. Kalau ada kau, mesti lagi seronok kan!" pinta Aiman.
"Ahha, apalah kau ni. Yang penting, kalian semua dah berusaha bersungguh-sungguh. Pasakkan keyakinan pada Dia. Sungguh Dialah yang memberi rezeki". Aiman tersenyum kepadaku.
Harapanku hanya tinggal harapan. Aku akur. Rezeki kami mungkin bukan terletak di sini. Walau sedikit rasa sedih dalam hati kerana tidak dapat menyertai mereka semua, aku seronok sangat berada dalam team ini.
"Baiklah, dengar sini semua. Tahniah saya ucapkan kepada team A kerana telah merangkul pingat johan dalam pertandingan ini. Team B pula, mungkin awak semua masih gentar kan! Tidak mengapa, anggaplah ini sebagai satu pengalaman yang harus dijadikan pengajaran kepada awak semua. Usaha dengan lebih gigih lagi " ujar coach kepada kami semua.
"Sekarang ni, boleh bersurai. Kemas tempat duduk awak semua. Kebersihan mestilah dijaga lebih-lebih lagi di tempat awam. Selepas kemas, kumpul dalam bas. Saya bagi awak masa selama 15 minit sahaja" tambahnya lagi.
Harapan yang selama ini aku pendam. Tidak akan aku lenyapkan begitu sahaja. Pasakkan keyakinan dan kepercayaan hanya kepada-Nya. Sungguh aku bersyukur sangat. Berada dalam kumpulan ini, mengajarku erti ukhuwah yang sebenar.
TAMAT

Comments
Post a Comment