Surat Cinta Untuk Awak

Surat cinta. Aca-aca gempak bukan? Ceyh, perasan. Aiwah,sambung. Hakikatnya, hanyalah sekeping warkah biasa. Bezanya, ia tertulis kerana cinta. Penulisan yang penuh rasa. Bait dan klausanya melirik manja. Frasanya membuai jiwa. Terkadang efeknya menjemput tawa, senyum, ceria bahkan tangis jua. Biasanya tujuan kita hanya untuk meluahkan rasa, menyatakan kasih. Terkadang ianya disertai dekorasi menarik bahkan wangian mempersona sebagai 'penambah rasa'. Lebih menusuk ke pangkal lubuk benak pembaca. Terhipnotislah si dia. Lantas menjadikan warkah itu sebagai khazanah terpelihara, perlu dijaga sepenuh jiwa dan rasa. Walau hakikatnya hanyalah sekeping kertas.

Tetapi ...

Ia takkan berguna jika tidak disambut dengan cinta jua. Membuatkannya terbaca tanpa intonasi ghairah, tiada simfoni cinta yang menggugah, melodi cinta hancur musnah. Malah, mungkin dikoyak ia lalu dibuang daripada memori cinta. Ya, ia bergantung kepada klien cinta untuk bekerjasama membina jambatan hati atau tidak.

Maaf, bukan ini ceritera sebenar saya. Sekadar analogi untuk kefahaman bersama. Nantikan isi sebenarnya. Jangan salah sangka pula ya ...

sumber : google

Demikianlah~ Bayangkan, prediksikan kesannya jika seseorang mengutus surat cinta kepadamu yang lafaz lingguistiknya menggunakan bahasa asing mungkin bahasa Inggeris. Ditambah pengirimnya adalah orang yang anda minati. Apakah perasaan anda? Gembira, teruja, ceria, riang ria, suka, bahagia dan beria. Tindakanmu? Berusaha mencari makna coretannya biar terterjemah ke dalam bahasa hati yang mudah dihayati dan difahami agar lebih terasa getarannya. Degupan jantung mula memecut 120 km/j kerana adrenalina yang terembes. Kita usaha memahami isi kandungannya, menjaga surat itu bagai menatang minyak yang telebih penuh. Membacanya dengan penuh perasaan, tidak cukup sekali jalan. Betul tak ?~

Bagaimana pula jika sebaliknya?

Pengutusnya terlihat di kornea matamu hanyalah biasa-biasa? Reaksi spontanmu pasti memandang enteng, remeh, membaca tanpa rasa, mengabaikan. Hatta mungkin hanya berakhir dengan pembaziran dakwat dan kertas sahaja.

Begitulah ! Demikianlah !

Allah pencipta cinta mengutus suratnya sebagai bukti rahmat cinta-Nya, agar kita sedar betapa besarnya kasih-Nya. Memberi panduan kerana bimbang kita sesat jalan. Memberi peringatan kerana prihatin saat kita lupa Tuhan, lalai peranan. Tahukah? Sedarkah? Betapa Allah bercerita tentang syurga neraka, mengadakan pahala dosa itu untuk apa? Sekadar dorongan untuk kita mendekati-Nya. Agar kita terpancing membalas cinta-Nya. Mula mendekati-Nya ... Mengaku betapa Dialah yang paling layak dijadikan teman, Tuhan, tempat mengadu, bergantung harap, berkongsi cerita. Tempat tumpah yakin dan percaya. Menjadi matlamat segala usaha. Tetapi malangnya cinta-Nya ditolak tepi. Yang awalnya sekadar perentak semangat (syurga) menjadi matlamat. Redha-Nya tidak dipedulikan. Buktinya, adakah kau akan tetap solat jika Allah tidak menciptakan pahala atau apa-apa ganjaran? Apakah kau akan meninggalkan larangan jika Allah tidak mengancam dengan azab yang menyeksakan ?

Tetapi malang, kita membacanya tanpa sebarang rasa. Tanpa usaha memahami baitnya. Menelusuri hikmahnya. Mengkaji sebab turunnya. Mengerti tafsirannya. Bahkan sekadar mengeksploitasi al-Furqan itu sebagai hiasan di rak-rak masjid sahaja. Masjid yang kosong daripada jiwa hamba, hanya terisi dengan jiwa yang alpa serta nafsu durjana.

Lantas kita mengabaikan perintah sedangkan perintah itu untuk kebaikan kita sendiri. Allah tak memerlukan sama sekali kebaikan kita, solat kita, untuk memastikanNya disembah mulia. Allah tidak memerlukan juga puasa kita, untuk memastikan kita sihat dan dibaik pulih fungsinya mengucup erti takwa yang sebenarnya. Tidak memerlukan zakat kita, sedekah kita untuk menyebar rezeki kepada hamba-Nya. Walau selutuh makhluk kufur sekali pun, Dia tetap penguasa semesta seluruhnya.

"وان احسنتم احسنتم لانفسكم"

Kita tidak pernah peduli larangan-Nya. Benar kita bukan malaikat tetapi itu bukan sebab yang signifikan untuk terus bermaksiat. Benar, kita bukan nabi tetapi itu bukan alasan yang relevan untuk kita terus mengingkari Ilahi. Benar, kita tidak perfect tetapi itu bukan sebab yang logikan untuk terus terlepas daripada responsbiliti sebagai DA'IE. Kita sering mempergunakan cinta ALLAH, sifat pengampun Allah untuk terus derhaka tanpa memerangi dosa dengan taubat seorang hamba. Tanyalah dirimu, Allah memberi peluang hidup hari ini, adakah kau pergunakan harimu untuk bertaubat atau terus bermaksiat? ...

BACALAH DAN FAHAMILAH ! SEDARLAH DAN MENGERTILAH !

JANGAN SESEKALI KAU MENCARI AL-QURAN UNTUK MENGISI MASA LAPANG! TETAPI CARILAH MASA LAPANG UNTUK DIISI DENGAN AL-QURAN ...

Jadikan ia sebagai teman yang bersamamu di mana sahaja. Hafalkannya. Semoga dirimu terpelihara. Tahukah dikau para sahabat mengkhatamkannya 40 hari sekali, 10 hari sekali, 7 hari, 3 hari ...? Kau, setahun sekali tunggu Ramadhan? Bukan menunjukkan mereka sering khatam, tetapi mereka kerap membacanya. Menghayatinya hingga boleh menghuraikannya, mengajarinya.

Jadilah RABBANIYYUN, bukan RAMADHANIYYUN.

Tahukah kau, para ulamak solat 300 rakaat sehari, 400, 500 ... anda? Tanyalah diri. Bukan untuk menambah kuantiti tetapi kualiti. Adakah harimu lebih baik daripada semalam? Pernah terlintas untuk benar-benar melayan soalan seperti itu? Anda tahu tetapi anda mengabaikannya.

sumber : google

Tahukah anda? Allah mengajarkan segala-galanya di dalam al-Quran? Fakta saintifik, akidah, syariah, jenayah, muamalah, bahkan terdapat juga resipi membuat kek batik yang tersedap dan terlazat di dunia dia dalam al-Quran. Allah berfirman :-

"فسالوا اهل الذكر ان كنتم لا تعلمون"

"Tanyalah orang yang pakar jika kamu tidak mengetahui (sesuatu)."

Ha, itulah resepinya... Yes, Belajar ~

Akhir kalam, jangan pula bermain surat cinta yang haram. Jangan bermain surat cinta dengan makhluk jika cinta daripada pengirim al-Quran bukan menjadi juara di hatimu. Untuk mendapatkan cinta-Nya, couple itu perlu kau jauhi dahulu.

Ingat !

Allah itu satu. Tidak akan memasuki hati cinta Allah jika terdapat dunia di dalamnya. Masukkan cinta Allah dahulu. Maka segala cinta yang lain akan turut terjaga.

Bayangkan, anda memiliki sebuah bekas yang dipenuhi air. Bolehkah anda menambah isinya dengan batu atau pasir tanpa mengurangkan air itu? Mustahil, pasti ia melimpah tumpah keluar lah. Maka masukkan ke hatimu sesuatu yang besar dahulu. Mulakan dengan batu besar, kemudian pasir barulah air. Adakah logik ketiganya muat untuk memasuki sebuah bekas. Ya, sekarang ia logik ...
Begitulah ! Masukkanlah Allah yang Maha Besar, Maha Penting, Maha Perkasa, Maha Mulia dahulu. Kemudian cinta Rasulullah SAW, dunia, manusia, harta dan sebagainya akan terpandu dan terbimbing semata-mata untuk lebih mendekati Allah SWT ...

Btw, ana nak minta maaf. Post ini hanyalah copy semata-mata. Bukan hak persendirian punya. Oleh sebab bait-bait ayatnya yang begitu indah lagi tertarik, izinkan ana sebarkan ilmu ini, bgi yang empunya penulisan ini. Syukran jazilan.

In Sha Allah, TAKBIR !

Wasalam, Ramadhan Kareem.

Comments

Popular posts from this blog

Apa itu Sijil Tinggi Agama Malaysia a.k.a. STAM ?

Temuduga Kaunseling UUM 2018

Interview IPG (Bahasa Arab) 2017