Oh Ramadhanku !
Tatkala ku dengar Ramadhan makin hampir
Hati rasa tak keruan
Bukan kerana aku tidak suka
Tapi kerana bimbang
Bimbang tidak dapat bertemu dengannya lagi.
Tatkala Ramadhan telah tiba
Syukur di hatiku tak terhingga
Kerna hajatku telah tercapai
Untuk menyambut tetamu special ini.
Tatkala aku menjalani ibadah puasa ini
Rasa lapar dan dahaga teramat
Tapi ini suruhan Tuhan
Sanggupkah aku mengingkarinya?
Kerna aku hanyalah seorang HAMBA.
Tatkala di bulan mulia ini
Aku lihat ramai yang berpusu-pusu
Melakukan amalan kebajikan
Tatkala itu juga
Sering aku terfikir
Terimakah Tuhan segala amalan yang ku lakukan?
Tatkala diri menghadap Ilahi
Di bulan yang penuh mulia ini
Berteleku di sejadah yang lusuh
Baru ku tersedar
Betapa hinanya diriku ini
Atas segala dosa yang telah aku lakukan
Masih terbukakah ruang pengampunan buat diri ini?
Tatkala Ramadhan hampir berlalu
Suatu malam yang penuh istimewa pasti berlaku
Buat hamba yang penuh hina ini
Kejarlah saat itu wahai manusia
10 malam terakhir Ramadhan
Malam yang penuh dengan keampunan
Ya, dialah LAILATULQADAR.
Tatkala Ramadhan pergi
Air mata jua mengiringi diri
Hanya amalan dan doa menjadi saksi
Terus ku pujuk diri ini
Agar terus berpenatlah di dunia fana’ ini
Pasti syurga akan menanti.
Comments
Post a Comment