Kawan

sumber : youtube

Kawan
Saat Tuhan atur pertemuan kita
Begitu rapi sekali perancangannya
Ukhuwah yang terbina begitu indah sekali
Syukur terlafaz dalam lubuk hati
Alhamdulillah ...

Kawan 
Janji yang telah kita bina
Kita perjuangkan bersama
Susah senang sama-sama dikongsi
Kau tertawa 
Daku turut tertawa
Dikau bersedih
Pasti jua aku rasai
Kan kita dah janji ?

Kawan
Tika ego mula menguasai diri
Ditambah pula dengan hasutan syaiton
Saat itulah segalanya terlebur
Merasakan diri sendiri sahaja yang benar
Tanpa disiasati terlebih dahulu
Dikau hanya mempersalahkan
Muhasabah diri jua penyelesaiannya.

Kawan
Bukankah aku sudah bilang?
Perancangan Tuhan itu sangat rapi
Tika diri merasa sepi
Saat itu jualah terdetik di hati
Bahawa diri hanyalah seorang hamba
Hamba yang kerdil
Kerdil serendah-rendahnya.

Kawan
Saat aku berasa lemah
Saat diriku terjatuh
Saat diriku tersungkur
Saat aku berasa takut
Saat aku rasa nervous
Kau setia di sisiku
Menyokong serta melontarkan kata-kata semangat buatku
Sungguh tidak aku lenyapkan dalam fikiranku
Moga Tuhan lihat kebaikan dikau.

Kawan
Tika mana aku berbuat silap
Tidak engkau membiarkanku
Dikau tegur daku dengan seribu satu hikmah
Sehinggakan aku tidak mengulangi kesilapan itu lagi
Tika mana aku menyakitimu
Engkau menahan sakitmu itu dalam hati
Tidak sekali dikau memarahiku
At last, hanya kata maaf yang dikau balasi
Kau sungguh hebat kawan.

Kawan
Bila mana perpisahan itu terjadi
Barulah kita tersedar
Rindu mula terdetik di hati
Penyesalan yang sudah tiada guna
Hanya kata maaf sahaja yang terlafaz
Tika itulah baru terbayang
Pertemuan itu hanya sekali
Ya, hargailah.

Kawan
Masih dikau ingat lagi janji kita?
Janji kita untuk bersama 
Bersama mencapai kejayaan
Apa itu mustahil?
Percayalah bahawa Tuhan itu tidak kejam
Malah Dialah yang Maha Kuasa
Mari kita buktikan
Bahawa janji yang telah kita bina itu bukanlah sia-sia.

Kawan
Ya, aku janji
Janji itu tidak akan sia-sia buat kita
Walau haluan kita telah berbeza sekarang
Terima kasih buat segala memori
Moga Allah berkati 

Comments

Popular posts from this blog

Apa itu Sijil Tinggi Agama Malaysia a.k.a. STAM ?

Temuduga Kaunseling UUM 2018

Interview IPG (Bahasa Arab) 2017