Warkah Buat si Dia


                                           

NUKILAN DARIPADA SEORANG SAHABAT


Si dia yang dimaksudkan tu bukanlah sang kekasih or watever bgai tu. Tapi dialah teman yang telah bnyk beri tunjuk ajar trhdp diri ini untuk mengurus diri dengan betul dan menjadi lebih matang. Tapi aku ... Aku khianati kepercayaan dia sbg seorang sahabat. Allahu! Bermulanya sejak dari tingkatan 3 sewaktu di pertengahan tahun. Dirinya yang ceria serta terlebih ramah sering menyapaku membuatkan aku selesa untuk berkawan rapat dengannya. Perancangan Allah itu sangat hebat. Ukhuwah yang kami jalinkan semakin utuh. Dia seorang sahabat yang hebat. Insan yang sangat dikagumi ramai. Berkaliber serta berkepimpinan tinggi. Aktif dalam bidang kokurikulum mahupun akademik. Walaupun posisinya sebagai anak bongsu dalam keluarganya, akan tetapi terlalu matang dlm menguruskan dirinya sendiri dengan matang. Telah dididik semenjak kecil. Sungguh, tak dapat sembunyikan rasa kekaguman dlm diri ini. Akan tetapi, sehebat mana pun seseorang itu, pasti terselit sedikit kelemahan dalam dirinya. Setiap org tu tak akan trlps drpd mlakukan ksalahn. Banyak benda yang aku belajar drpd dia. Sehinggalah aku mampu utk berdiri di atas kaki sendiri di asrama ini sedikit demi sedikit. Even trkadang diriku ini berasa tersinggung dgn teguran or nasihat drpdnya, ttp aku positifkan diri aku n trima sgala nasihatnya dgn hati yang terbuka. Dan aku yakin pasti aku akan dpt sesuatu kalau aku dengar nasihat dia.

    Tingkatan 4. Kami ditakdirkan untuk menetap di dalam dorm yang sama di asrama. Ukhuwah ini makin utuh. Alhamdulillah ... Memang tidak dinafikan, terkadang berlakunya salah faham antara kami memandangkan kami ini org perempuan. Maklumlah, emosi terlebih. Masing2 ego prthnkn diri sndiri. Tapi cpt2 kami selesaikan slh fhm tu scara profesional. Ye lah, dah dewasa. Dah boleh fikir mana yang baik n mana yang buruk kan. Huhuu.. walaupun agak lama jugaklah kami nak berbaik semula tu. Haha. Moga2 Allah jaga n pelihara ukhuwah kami ini hingga ke akhir hayat. Aminn ... 

    DIA ... Banyak menyokong aku. Walaupun sokongan itu cuma drpd belakang ku sahaja, aku hargai sangat. Sekurang-kurangnya ada juga yang mahu menyokongku. Rasa terharu di situ. Di saat diri rasa tidak kuat, Allah hantar seorg sahabat bagi menenangkan diriku. Allah ... tapi aku jahat. Jahat sangat ... Aku tidak mampu membalas apa yang dilakukannya padaku. Aku tidak mampu. Aku tak reti. Tapi aku cuba. Aku cuba untuk beri sokongan terhadapnya, beri kata2 semangat walaupun hakikatnya aku tak reti. Aku tak mampu nak jadi kawan yang baik buat dirinya. Sekarang ni, aku boleh mengiyakan kata-kata yang pernah dilontarkannya kepadaku suatu ketika dahulu. Saat dia melihat aku study sengsorang, dia kata dekat aku lebih kurang cenggini lahh .. "Perhh, nak berjaya sorang2...". Tapi hakikatnya niat aku bukanlah begitu. Cuma, aku tidak berapa reti untuk mengajak orang untuk membuat sesuatu perkara. Aku on je kalau sesiapa nak study sesama dgn aku. Walaupun dahulu sakitnya hati aku apabila diperkatakan sebegitu rupa, tapi sekarang ni aku ... menyesal sesangat. Andai masa tu boleh diundurkan kembali, aku nak tebus ksilapan aku itu. 

   Aku minta maaf sahabat sebab tak sungguh-sungguh tarik kau untuk sama-sama belajar dengan aku. Aku ego. Aku pentingkan diri sendiri. Aku tak fikir orang lain. Kita dah janji sesama untuk capai kejayaan, berjaya sama2. Tapi aku rasa janji tu cuma kosong. Janji yang hanya dari mulut, bukan dari hati. Itu yang baru aku sedar sekarang ni. Bukan nak kata aku dah berjaya sahabat. Tak, belom ! Selagi janji yang hanya dari mulut suatu masa dahulu untuk kita berjaya sama-sama belum tertunai, selagi itu lah aku belum berjaya. Allah tu Maha Hebat. Dia dah rancang yang terbaik buat diri kita. Cuma kita yang ego. Sombong dengan-Nya. Syukur, sangat jarang sekali. Walau sekarang ni haluan kita dah berbeza, tak bererti kita tak boleh berjaya sama2. Allah dah rancang sesuatu untuk kita. Sesuatu yang sangat manis buat diri kita berdua. Mungkin disebabkan hati kita yang tak seiringan, dan mungkin juga sifat kedengkian, kecemburuan yang ada dalam hati ini, ketidakpuashatian serta sifat tak nak mengalah, Allah tidak mengizinkan kita untuk berjaya bersama. Anggaplah ini satu ujian buat kita berdua. Ujian yang perlu diambil iktibar bersama.

   HATI. . . Aku tak nafikan masing-masing pasti ada masalah pada hati. Walau luarannya nampak molek, cantik, elok, tapi dalam hati tu cuma Allah dan diri sendiri je yang tahu. Macam aku lah. Terkadang aku sendiri tidak mengetahui status hatiku sendiri. Aku bingung. Aku keliru. Sebab itu lah hati itu penting. Moga hati kita semua dalam jagaan Allah SWT. Sejujurnya aku tidak mengetahui hati si dia. Tapi aku yakin, hatinya lebih bersih daripada hatiku yang kotor ini. Maafkan daku duhai sahabat. Hati aku kotor, hitam. Tak mampu nak bimbing dikau ke arah syurga Ilahi. Tapi, aku yakin dengan kau. Tariklah aku. Tariklah aku masuk syurga-Nya andai suatu hari nanti aku terjatuh. Bimbinglah aku sahabat. Bantu aku. Hadiah, anugerah. Sejujurnya, si dia adalah hadiah daripada Allah buat diriku. Tapi aku tak menghargai apa yang Allah bagi. Langsung takde rasa syukur dalam hati. Astaghfirullahalazim ... Aku lalai. Aku lupa. Aku leka dgn nikmat Allah itu. Lumrah manusia biasa. Bila ada depan mata, langsung tak tahu menghargai. Bila dah tak de, baru mencari.

  SATU HARI. Mungkin si dia ni dah terlalu marah n geram dengan sikap aku. Sikap sombong. Sahabat, aku minta maaf. Aku mengaku salah. Si dia hanya mampu mendiamkan diri tanpa menyapaku sedikit pun. Layanku hanya acuh tak acuh sahaja. Sedar akan perubahan itu, aku beranikan diri untuk bertanya kepadanya, apa aku ada buat ke dgn si dia ni? Dia masih berdalih. Aku nekad untuk bertanya kepada member yang duduk sebelah dia dalam kelas. Setelah dipaksa utk menceritakan perkara sbnr kepadaku, dia pun mula bercerita. Tergamam aku mendengarnya. Istighfar memanjang bibirku. Ya Allah? Betul ke? Sedikit2 aku mula tersedar dgn kesalahan yang aku lakukan itu. Aku tidak menyangka perkara itu akan terkesan serta menggores hati si dia. Barulah aku nampak kat situ. Aku sombong. Selfish. Aku pun menghampiri si dia dan memohon maaf kepadanya. Pesanan dirinya buat diriku, "Hablu min Allah wa hablu min an-Nas". Kalau hubungan dgn Allah kau jaga, tapi hubungan dgn manusia kau tak jaga tak guna jugak. DEEP. Menusuk ke kalbu.

   Baru2 ni, aku ada terbaca sebuah nukilan yang dishare di laman Facebook ku, kisah seorang sahabat yang sering mengajak rakan sebiliknya berbuat kebaikan. Tetapi sering ditolak oleh rakannya itu. Tapi dia tak pernah memaksa juga tidak berhenti untuk mengajaknya. Wajahnya sentiasa menenangkan, sentiasa tersenyum. Suatu hari tu, rakannya itu terlihat ada bungkusan ubat di atas mejanya. Banyak ... terus dicatit nama2 ubat tersebut lalu segera disearch di Google untuk mengetahui dirinya menghidapi penyakit apa. Terkejut rakannya itu apabila mengetahi bahwa dirinya itu menghidapi penyakit kanser. Sejak dari itu, rakannya terus berubah dan sentiasa cuba untuk tidak menolak setiap ajakannya utk berbuat kebaikan. Serta tidak putus2 untuk memberikan sokongan kepadanya daripada belakang. Menitis air mataku tatkala membaca nukilan tersebut. Terus aku teringat kepada si dia. Moralnya di sini, hargailah orang yang ada di sekeliling kita sebelum mereka pergi meninggalkan kita buat selamanya.

SAHABAT. Ucapan daku buat dirimu. Allah itu tak pernah tidur. Allah itu sentiasa dengar doa kita. Walau daku bukanlah orang yang boleh dipercayai olehmu dek kerana sikap ketidakjujuran daku terhadapmu, tapi percayalah. Allah itu tak pernah menipu. Allah dah rancang sesuatu yang terbaik buat diri kita. Perancangan Allah itu sangat menarik. JOM~ kIta tunaikan janji kita bersama suatu ketika dahulu untuk capai kejayaan bersama. Walau haluan kita dah berbeza, bukan bererti itu suatu halangan buat kita. Kita capai redha Allah sama-sama. Kita masuk syurga sama-sama. Kita melangkah bersama-sama ke sana. Deal okay ! 

                                                                                                                 -PENJAJAH CINTA-






Comments

Popular posts from this blog

Apa itu Sijil Tinggi Agama Malaysia a.k.a. STAM ?

Temuduga Kaunseling UUM 2018

Interview IPG (Bahasa Arab) 2017