Interview IPG (Bahasa Arab) 2017

Hai semua. Ketemu kembali. Hari ini aku just nak share sikit pengalaman aku dapat interview IPG. Huhu. agak mencabar sedikit lah. Tapi, alhamdulillah. Sekurang-kurangnya sedikit sebanyak dapatlah aku timba pengalaman. First2, lepas result SPM keluar, alhamdulillah. Result aku tidak mencapai target tapi aku bersyukur sangat. Sebab korang bayangkan betapa susahnya soalan SPM tahun 2016. Subhanallah ... banyak gila soalan KBAT keluar. Soalan yang tak pernah dipractice pun kluar especially Mat lah. Huhuu ... But alhamdulillah. Mungkin ini rezeki dari Allah. Batch aku dapat GPS terbaik SPM sepanjang 25 tahun sekolah aku beroperasi. Huhuuii. Ok, berbalik kepada topik kita di atas. Aku just nak share sedikit sebanyak pengalaman aku dapat interview IPG.
   Actually, masa first2 tu aku tak teringin pun nak masuk IPG ni. Disebabkan aku menyambung STAM di sekolah yang sama, so kiranya hampir 6 tahun aku bersekolah di sini. Because of my parents nak sangat aku menyambung pengajian di peringkat STAM ni. Aku pun tak berapa kesah sangat. Aku follow je ... Aku tak mohon matrik sbb tahun lepas aku bersungguh nak amik STAM sbb aku rasa result sains tulen aku mesti tak OK. Even ini aliran yang aku pilih waktu nak masuk ke ting. 4, tapi smpai skrg belajar tak ok. Yes, cita-cita aku nak jadi doktor sejak aku kecil lagi. Sebab tu lah aku rasa tak ada keinginan untuk masuk IPG ni dan menjadi seorang guru. UPU yang aku mohon pon, aku banyak mohon bidang engineering sbb itu je yang layak mohon. Kalau dalam bidang perubatan tu, memang tak lepas laa... Hahaha. Tapi UPU aku tak dapat tawaran apa-apa pun. Huhu.

   IPG. Ramai member2 aku yang mohon IPG ni jugak. Ada jugak yang guna keputusan SMA diorang. Rezeki la tuu kan. Nak ikutkan kalau guna SPM kena 5A ke atas. Tak sangka pulak boleh guna SMA kan. Time aku check result utk UKCG tu, alhamdulillah dapat. Tapi, aku rasa biasa je. Sbb masa tu dalam fikiran aku, aku nak jadi doktor. Huhu. Tapi time UKCG tu pun semput jugak aku. Kawan-kawan aku yang mohon IPG ni, semua dapat untuk UKCG. Semangat masing2, huhu. Siap exercise bumping lagi memasing. Aku pon join je w'pun niat aku mase tu mmg aku tak nak buat betul2. Aku dapat tarikh paling awal antara diorang semua. Huhuu.. Awal sangattt... Aku dapat dekat IPG Temenggong Ibrahim, JB.

UJIAN UKCG

Before korang jalani ujian kecergasan nanti, akan ada ujian bertulis. Tapi, jangan risau. Ujian bertulis tu macam ujian psikometrik sahaja. Dan ingat pesan aku ni, pastikan before korang jawab ujian tu, mind set korang adalah untuk menjadi seorang guru. Semuanya melibatkan karier korang sebagai seorang guru. Ujian bertulis ni pun sangat membantu untuk melayakkan kalian dapat interview lisan pula. So, do the best okay. Ujian ni mngandungi 2 bahagian. Bahagian A dan bahagian B. Bahagian A tak silap aku ada 135 soalan. Bahagian B ada 60 soalan. Jawab dalam masa 60 minit tak silap aku. Huhuu .. Banyak kan~ Tapi jawab jangan gopoh sangat. Relax jee... Mind set sbg seorang GURU. Itu paling penting. After that, korang akan jalani ujian kecergasan. Ada 5 aktiviti yang korang akan jalani.

1. Ujian BMI (Body Mass Index)

Kalau kat sini, serius aku tak dapat markah penuh kah2. Gemuk sangat agaknya. BMI yang normal dari 18 - 25 je. Aku terlebih sikit huhuu.. Sedih ckit laa. First2 je, markah dah tak penuh haha. Masa tu aku dah down ckit. Rasa macam nak buat betul2. Sbb bila aku fikir betul2, peluang tu datang sekali je. So, buatlah yang terbaik kalau diberi peluang tu. Nak dijadikan cerita, pagi tu aku terdatang lewat sedikit. So tak sempat nak sarapan. Aku just nak ingatkan, sebelum dtg ujian UKCG ni, jangan lupa sarapan. Nanti tak larat nak lari.

2. Jangkauan Melunjur
Yang ni senang je. Aku dia bagi peluang utk test 2 kali. Lepas tu, kali yang ke-3, baru dia ambik markah. Korang tolak je benda alah tu sejauh mungkin. Yang penting, lutut tak boleh naik. Kalau perempuan, nak markah penuh kena sampai 41 cm. Tapi aku masa tu pon tak dapat markah penuh jugak. Huhuu. Lagi ckit je nak markah penuh, tapi aku dapat dalam 36 cm je. 

                                                                      
                                                                  sumber : google

3. Sit Up Bervariasi ( 5 Jenis)

Aku rasa ni aktiviti kedua tersusah. Yang pertama apa? Hahahaha. Tengok la nanti. Sit up ni ada 5 jenis aku kena buat. Haaa lagi satu sebab apa aku kata susah. Biasanya kan kalau kita buat sit up, ada orang pegang kaki kita supaya kita mudah nak bangun kan. Tapi untuk ujian ni, kakak2 or abang2 yang jaga tu, tak kan pegang kaki kita. HAAaa, amik kau. Susahh la nak bangun. Aku dapat buat sampai 3 jenis shj. Yang 2 belakang tu, aku dah tak dapt bangun daa.. Gemuk sangat kottt.. Tapi kbnyaknnya, member2 aku pon dapat buat 3 jenis je. Kalau yang dapat buat lima-lima tu, mmg hebat laa.. Kurus kot hahaha. Lagi satu, syaratnya kalau kaki sblh terangkat pon masih boleh diambil markah.

sumber : google

sumber : google

sumber : google



sumber : google

4. Tekan Tubi (Bumping)

Yang ni, alhamdulillah... Aku lepas laa jugak. Kalau perempuan, kena buat 30 kali tanpa henti. Kalau nak berhenti pun, sekejap je tapi just untuk take time je la. Bukannya untuk rehat...  Kalau dapat 30 kali tu dah dapat markah penuh daa.. Inipun mungkin rezeki kot sebab nya aku ada join latihan bola tampar. Biase laa.. bola tampar kan pentingkan kekuatan tangan. Dari situ, dapatlah sedikit sbnyk mmbantu untuk aku buat bumping ni. Hhuhuuu.. Yang penting, kena buat dengan cara yang betul lahh.. Nanti orang2 kat situ akan tunjukkan demo yang betul.

5. Ujian Bleep ( Lari Ulang-alik)

Yes. Ini lah aktiviti first yang susah. Hahahaha.. Sebab tu lah aku suruh sarapan dulu before dtg ujian UKCG ni. Nanti kalau tak, jadi macam aku lahh ...  Tak sempat sarapan, abis lari tu rasa macam nak termuntah. Nasib baik tak muntah. Kalau tak, buat malu aku jerhh.. Tapi mase tu pon, aku dapat level 2 je.. Kalau nak lagi baik, sepatutnya kena capai level 3-4 kalau untuk perempuan laa.. Sbb markah dekat bleep test ni paling besar tau, so buat lah yang terbaikkk.. semampu korang... Markahnya 40. 

sumber : google

TEMUDUGA LISAN

Actually, nervous jugak tunggu result utk tahu dapat ke tidak interview kdua utk IPG ni. Sebab apa tau ... time kat sek, ada la cikgu MUET aku ni. Dia mmg belajar dkt IPG ni. So, dia cerita lah serba-serbi kelebihan IPG ni. Kalau time zaman dia dulu, tak ada ujian kecergasan semua ni... Pas2 dpt elaun RM700. Kalau sekarang ni, mmg dah susah nak masuk situ. Dia mmg nak cari org yang betul2 punya boleh praktik jadi guru. Tapi, mmg kalau masuk IPG ni tak ada kena bayar sangat laa. Pas2 dpt elaun lagi. Itu lah antara kelebihan yang cikgu aku tu critakan tntg IPG ni.
   
   Nak dipendekkan cerita, sbb tu lah aku nervous dpt ke tak utk interview lisan ni kan. Kalau dpt pon, sekurang-kurangnya dpt lah aku timba pengalaman untuk temuduga. Aku risau tak dapat sebab UKCG aku pon tak berapa bagus sangat aku buat. IPG ni drpd aku xnk masuk, jadi teringin pulak nak masuk. Sebabnya, UPU tak de yang nak lamar aku. Huhuuu.. Matrik pulak x mohon. Pas2 ramai member2 aku yang dah kluar drpd menduduki STAM. Aku pun rasa macam nak keluar jugk tgok diorg kluar kan. Huhuuuuu. 

  At first, masa 9hb Mei tu spatutnya tarikh result utk dpt temuduga IPG kali yang kedua keluar. Tapi ditangguh pulak sama dgn tarikh result UPU kluar. Aku dah nervous je kan masa tu. Lepas tu, time 15hb tu aku call mak aku dpt ke tidak IV IPG ni. Tapi, problem pulak line IPG ni. Dalam 2-3 hari jugak la problemnya tu. Aku dah tak senang duduk daa sbb time tu ad exam mid-year. Pas2 time hari Khamis tu, baru aku dgn member2 aku check result ni dekat bilik kaunseling sekolah. First2, member2 aku pergi check time waktu rehat. Alhamdulillah, ada seorang ni dapat. Tapi yang member aku lagi 2 org x dpt pulak. Aku dah nervous je knn.. Aku mmg dh expect rasa mcm xdpt jee.. sbb UKCG mse tu aku buat main2. Pas2 aku dgar, member2 lelaki ramai yang xdpt. Lagi laa aku nervous. Tak sng aku jwb exam mase tu. Hahaha. Habes je exam, terus aku pergi bilik kaunseling untuk check. Aku malas nak lyn perasaan nervous aku ni. Dalam hati just fikir, kalau xdpt, mungkin rezeki aku bukan dekat sini. Tapi kalau dapat, boleh la timba pengalaman sedikit kan.

   Check2, alhamdulillah.. dApat. Lagi sekali, aku dapat tarikh yang paling awal drpd member2 aku yang dpt IV ni. Aku terus call mak aku and then aku pulang dari asrama hari Sabtu. Interview nya hari Isnin. So, malam tu mmg aku serach internet utk cari maklumat apa yang patut. Mmg nervous gila arh malam tu. Sbb ni first time aku interview. Huhuu, xde pengalaman langsung. Pastu sediakan sijil2 apa yang patut. Isi borang segala semua tu. Memandangkan aku duduk Johor, IV nya dkt N9. Aku bertolak malam tu after isya'. Lagipon, aku takde sedara kat situ. So, xde tempat nak tumpang tidur. Then, dalam pukul 1-2 pagi tu sampai dpn pintu IPG Raja Melewar. Ingat nak tumpang la surau kampus tu, tapi belum dibenarkan masuk lagi. Terpaksalah tidur dalam kereta shj. Lepas tu, dalam pukul 5 pagi kitorang dpt masuk. Tumpang lah surau IPG tu. Dah siap2 semua, then sarapan. Hahaha, tak nak ulang benda yang lepas. Dalam pukul 7.30, carilah tempat IV nya. Terjumpa pulak kawan lama aku time F1. Dia pindah sek lain waktu tu. Dptlaa aku berbual skjp ngan dia. 

   Pas2, dtg pulak member lelaki aku satu sekolah. Aku tak tahu pulak IV dia dpt tarikh sama dgn aku. Yang aku tahu, dia dpt IV option yang sama dgn aku, bahasa Arab. Tapi, aku buat tak tahu je. Buat2 mcm xknl lhaa. Kah2. Alhamdulillah, pagi tu aku tak rasa nervous sgt. Okay, aku share step by step apa je yang aku lalui sepanjang IV ni k. Ini pun sedikit sbnyk aku baca dkt blog2 org jugk before aku pergi IV ni. Harap dpt membantu adik2 yang dpt IV IPG ni.


1. Sediakn borang tawaran, isi borang2 yang dikehendaki n borang penyataan hasrat. Sediakan juga sijil2 yang diminta beserta salinan yang telah disahkan.

2. Sediakan name tag nama korang, kasut bertutup bagi wanita. Mestilah berpakaian kemas dan tidak mencolok mata. Nak pakai blazer boleh, tak nak pun tak apa. Tapi kalau nak lagi kemas, pakailah.

3. Nanti korang akan dpt kumpulan. Dalam satu grup tu adalah dalam 5-8 orang. Kalau grup aku, 5 orang je. Kalau yang sama option dgn aku, akan ada interview bergrup dan ujian amali.

4. Ujian amali ni ada untuk option bA, Pend. Islam, Pend. Jasmani, Muzik and Bahasa Inggeris.

5. Interview Bergroup

Nanti korang masuk bilik temuduga dgn ahli2 group korang. Nanti ahli panel tu tntukan tempat duduk korang. First, perkenalkan diri masing2. Korang cakap la nama korang and latar belakang korang semua. Lepas2, cakap tntg jawatan or apa2 bidang yang korang ceburi di sekolah korang okay. Time ni la aku rasa nervous ckit, sbb time ni baru nak mula brcakap kan. So, aku tersasul sikit. Dushhh~ malu waihhh. Pas2, group aku dapat soalan tntg isu pendidikan apa je yang kitorang semua tahu. Aku org kedua yang cakap. Nak jadi org first, belum ada keyakinan lagi. Huhuu. Time ni aku cakap tntg Prog. Linus n KBAT. Kwn2 aku yang lain, ada yang cakap tntg pembelajaran abad ke-21, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia and so on lah. Aku tak ingat sangat. Lepas2, panel tu tanya tntg penyataan hasrat yang kitorang tulis atas kertas tu. Huhuuu.. Aku jawab je lahh semberonooo... Yang penting cakap je selagi idea tu ade dlm kepala otak korang. Nanti kalau dia ada tanya soalan apa-apa, korang jawab je laaa. Haa, cenggitu je. Lepastu, at the last, dia ade bagi task berkumpulan. Group kitorang kena cipta satu puisi berteraskan 5 Rukun Negara dan pengajarannya. Amikkk kauuuu !!! Dalam masa 20 minit shj. Memang teruk habiss laahhh. Aku bukannya ada bakat sgt bab2 cipta puisi ni. Tapi alhamdulillah laaa.. lepas dh IV bergrup ni. Ok, lega sedikit ... After that, ada ujian amali pulak. Member aku kata, ujian ni yang bagi banyak markah sbnrnya utk option kitorg laa.

6. Ujian Amali

Ni agak mencabar sedikit laa.. Lagi2 aku kena ujian amali ni time tengah2 hari buta after Zohor. Huh, mencabar jugak laahh. First2, kena baca al-Quran then nanti dia ada tanya soalan tajwid yang agak mencabar lah. Huhuuu. Tak main lah dia nak tnya hukum mim, nun mati semua tu. Tu soalan sekolah rendah je. So, persiapkan diri kalian semua dgn ilmu agama yang secukupnya k. Jangan jadi macam aku.
   Second, ada kena jawikan perkataan yang panel tu bacakan. Tulis dkt whiteboard yang disediakn. Pastu baca teks jawi dgn nada dan bacaan yang betul. Okay then, aku kena perkenalkan diri dkt panel yang kedua tu dalam bahasa Arab. Fuhhhh~ Pas2 kena baca teks arab tanpa baris dan i'rabkan perkataan yang diberi. Ni pun aku tak dapat jawab. Susaahhh weiiii. Sbb aku tak buat revision agaknya, huhuuu. Nasib badann~ Lepastu dia bagi satu gambar n kau kena buat 4 ayat dalam bahasa Arab. Next, dia tanya 3 soalan fardhu ain. Antara soalannya adalah ...
 - Demo tayammum
 - Demo solat jenazah
 - Demo solat sakit duduk atas kerusi
 - Rukun solat Qouli, Fi'ili
 - Najis2 mughollazoh, mutawassitoh, mukhoffafah
 - Alat2 istinjak
 - Baca doa ibu bapa
 - Rukun haji
 - Perkara yang membatalkan puasa

  So, kat sini, aku just nak ingatkan korang, persiapkan diri dgn ilmu2 yang berkaitan dgn ibadat. Refresh balik ilmu2 fardhu ain yang korang dah belajar dari sek rendah. Sebabnya, aku banyak tak dpt jawab soalan yang dia tanya. Huhuuuu. Segan sangat. Belajar agama dari kecik, tapi tak dapat jawab soalan2 simple cenggitu. Sgt2 memalukan. So, setakat ni itu je kot interviewnya. Semoga berjaya and do the best bg sesiapa yang nak pergi temuduga IPG tu. Btw, aku tak terfikir nak selfie dgn member2 group aku. Huhuuu. Takpe lahh~ Tapi aku sempat snap pic ngan parents aku before interview tu. Harapnya apa yang aku share ni dapat membantu lah serba sedikit adik2 yang nak pergi interview tu. Gud luck k, babye.




Comments

  1. Tq ats semua maklumat. Akak dapat ipg tak?

    ReplyDelete
  2. most wc dik. akak xdpt. bukn rezeki kat situ agknya. huhu. btw gud luck utk iv trsbut.

    ReplyDelete
  3. Interview bergroup tu..group tu kita pilih or dia pilih?

    ReplyDelete
  4. Interview bergroup tu..group tu kita pilih or dia pilih?

    ReplyDelete
  5. Interview bergroup tu..group tu kita pilih or dia pilih?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Apa itu Sijil Tinggi Agama Malaysia a.k.a. STAM ?

Temuduga Kaunseling UUM 2018