6 Tahun di Bumi Maahad


Hai. Apa khabaq semua ? Hikhikkk. Ni sis nak share story ckit dengan ampa semua.
Huhuu. Serius ! Bila dah jadi alumni sekolah or kiranya dah
tamatkan zaman persekolahan la, rasa rindu gilaaa namatiii dgn kawan2 semua.
Rindu dgn memori2, prsekitaran sekolah, cikgu2 . Huwaaaa~ haha.
Nak meraung pon ade. Mungkin adik2 yang blom tamatkn zmn persekolahan, blom rasa lagi apa yang sis rasa ni. Tapi makcik2 akak2 abg2 yang dh rasa mcm sis, diowg tahulah rasanya kan. Korang mesti prnah dgar ramai org ckp yang zaman persekolahanlah 
yang paling BEST sekali kan. Yes, they're right 100%. 
Series sis rindu sgt zmn prsekolahan sis. Even sis baru je tamatkan zaman persekolahan sis. Blom ade satu tahun lagi, huhuu. Sis memang tak pernah pindah2 sekolah 
dari sis form 1 sampailah form 6 dekat bumi Maahad ni. 

Memang tak nafikan lah banyak sgt kenangan pahit + manis k. Tapi sis tak
pernah ade rasa nak pindah sekolah walaupun mmg rasa daa bosan gila dekat sekolah ni haha. Tapi sis percaya semua tu pasti ada hikmah. Sampai sis form 6 tau dekat Maahad ni.
Sebenarnya sis ade tringin nak masuk Maahad Johor waktu form 6 tu, tapi tiba2 
hati sis berubah suruh stay je dakat bumi Maahad ni. Even bumi Maahad tak sehebat tak semegah Maahad Johor, tapi sis percaya pasti ada hikmah kenapa tiba2 sis
pilih untuk stay di bumi Maahad. Tapi sbnrnya antara salah satu asbab 
kenapa sis pilih untuk stay adalah sebab my Volleyball Team. Hahaha. Itu dah kisah lain la.
Kadang2 time belajar tu sis mcm give up jugak lah. Rasa nyesal tak masuk MJ.
But sis tetap positifkn diri. Mesti ada hikmah kenapa aku pilih untuk berada di bumi Maahad ni. Dan sekarang ini, 6 tahun guys I was here. Susah senang, jatuh bangkit sis 
ade dekat bumi Maahad ni. 

Dan proudly sis ckp, waktu sis form 6 baru sis terasa duduk dekat Maahad ni. Macam tak nak keluar dari sini. Kalau dulu, sis rasa tak sabar2 nak keluar dari Maahad.
Tapi tidak sekarang. Mungkin macam tu eak rasanya bila dah lama
duduk dekat sesuatu tempat tu. Dah terbiasa dekat sesuatu tempat tu. Susah, berat rasa
hati nak tinggalkan tempat tu. Even banyak perkara yang tak diingini berlaku waktu sis form 6 dekat Maahad ni, tapi sis tak pasti lah dari mana sis rasa waktu Form 6 lah yang paling seronok sis rasa berbanding tahun2 sebelumnya. Hahaha, mungkin daa terasa senior di sini. Cuma satu harapan sis pada adik2 yang sedang meneruskan pengajian
di bumi Maahad ni. Kalian kena kuatkan semangat untuk terus utuh dan tetap pendirian bila duduk di bumi Maahad ni. Haaa salah satu asbab knp sis berat nak tinggalkan bumi Maahad ni sebabnya adalah sis risaukan adik2 junior sis yang masih mnruskan 
pengajiannya di sini. Btw, yes. U all memang kena kuat bila duduk dekat sini.
Hidupkan kembali suasana2 ketenangan, kedamaian yang telah senior2 kalian perjuangkan di sini k. Bumi Maahad bumi barakah. Remember my word okay.

Arwah Ustaz Salam. Beliau yang berjuang membangunkan bumi Maahad ini pada 
tahun 1992. Sungguh, sis tak kenal pon dekat arwah ustaz. Sebab beliau dah
tak mengajar lagi waktu sis masuk sekolah ni. Tapi sis pernah nampak beliau. Lagipun beliau dah tak sihat sangat masa tu. Tapi kdg2 sis selalu dengar cikgu2 
cerita tentang arwah ustaz. Biasa yang suka cerita2 ni Cikgu Norani. Huhu, dialah cikgu yang suka bagi semangat dekat anak2 muridnya. Sebab dia nak anak2 murid dia yang keluar dari bumi Maahad ni semuaaanya berjaya. InshaAllah amin... 
Apa lagi ye sis nak cerita dekat korang?
Haa, okay pesanan sis buat adik2 yang nak daftar dekat bumi Maahad ni, keep it up guys.
Teruskan perjuangan dan jangan pernah putus asa. Dekat mana2 pun kita belajar, sama sahaja. Asalkan mesti ada USAHA k. Ni sis nak cerita sikit. Ade seorang kawan sis ni dia dtg bumi Maahad ni untuk mengambil aliran or bidang sains tulen sebab 
dekat sekolah dia tak ada aliran tersebut. Tapi Maahad ni kurang ckit la 
dia punya kemudahan n pembelajaran dlm aliran sains tulen tu. Sebabnya baru 3 tahun kott aliran sains tulen tu dekat Maahad. Memang bnyak la kurangnya. Tapi kawan sis
ni tak pernah putus asa walaupon kdg2 dia merungut jugak la. Tapi sebab dia betul2 nak berjaya, dia teruskan berusaha tanpa kenal erti putus asa. And lastly, dia berjaya pecahkan rekod sekolah guyss dalam SPM. Dia dapat 9A2B dalam aliran sains tersebut. Dan sekarang nak tahu dia dekat mana? Dekat Mesir sambung pngajian ambil Medic. Bakal doktor tu. Alhamdulillah Allah balas segala usaha dia. Okay. Itu sahaja cerita sis.
Okay, salam perjuangan drpd sis buat adik2 di luar sana yang ingin menyambung pelajaran di Maahad Pontian.





Lagu sekolah Maahad. Sis paling semangat bila lagi ni dimainkan waktu perhimpunan mingguan sekolah. Rasa semangatnya berkobar2 tu lain macam. Hahaha



Sejarah Sekolah Maahad Pontian.
Ini sis screenshot dekat majalah sekolah sis yang terbaru ini. Edisi 2016.



Rindu sangat dengan kawasan sekolah Maahad. Huhuuuu

Ini waktu sis berada di Tingkatan 5.





Waktu sis form 6 tahun 2017. Ramai kan? Tapi sebelum tu lagi ramai.
Ni pon daa ramai yang keluar dpat tawaran masuk U, IPG and yang lain2. Ade 2 kelas sahaja untuk tingkatan 6.




Alright... tamatlah perjuangan sis di bumi Maahad ini selama 6 tahun.
Doakan sis dan kawan2 sis berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan STAM tahun ini okay. Terima kasih kerana sudi membaca dan mendoakan kejayaan kami. Huhuu.


Comments

Popular posts from this blog

Apa itu Sijil Tinggi Agama Malaysia a.k.a. STAM ?

Temuduga Kaunseling UUM 2018

Interview IPG (Bahasa Arab) 2017