Apa itu Sijil Tinggi Agama Malaysia a.k.a. STAM ?


Hai, assalamualaikum semua. Hihi. Hari ini shinri 
nak cerita sedikit berkenaan apa itu STAM. Iaitu singkatan kepada Sijil Tinggi Agama Malaysia. Shinri yakin, rata-rata orang dekat Malaysia ini masih lagi yang tidak mengetahui akan benda alah ini.  Kebiasaannya, yang tahu akan hal ini adalah pelajar2 daripada sekolah agama. Sebab STAM ini sebenarnya adalah sebuah peperiksaan
under kementerian yang mana ianya adalah setaraf dengan peperiksaan 
STPM di sekolah-sekolah menengah biasa. 

Cuma STAM ni dalam aliran agama di mana apa yang kita belajar semuanya adalah dalam bahasa Arab. Tapi, kita belajar je macam biasa. Biasanya yang ambil exam STAM ni yg memang dari form 1 sekolah arab. So, diorang dah biasa belajar dalam bahasa arab.
Cehhh. Okay laaa, sebenarnya tak semua orang dapat menguasai bahasa Arab dengan baik especially perempuan. So hard okay even kau dah lama belajar bahasa
Arab ni since form 1 or since tadika sekali pun. Bahasa Arab antara bahasa paling susah
okay dekat dunia. Srs shinri tabikkk spring dekat siapa2 yang mampu
menguasai bahasa ini dengan baik. DAN . juga kpd siapa2 yang mampu belajar
bahasa ini dengan tekun.

Okay lah. Balik kepada tujuan asal shinri. Kenapa shinri tiba2 nak share pasal STAM ni? Kenapa, kenapa, kenapa ? Apa benda itu ? Seronok sangat ke ambik STAM tu? Senang sangat ke nak score 4 flat kalau amik exam STAM tu? 

6 tahun shinri bersekolah yang kebiasaan orang akan panggil sekolah Arab ataupun sek Agama. DAN setiap tahun shinri dan kawan-kawan menghadapi peperiksaan penting. Selain peperiksaan akademik as PT3 dan SPM, kami juga menghadapi peperiksaan agama. Dan alhamdulillah, shinri dah pun berjaya melalui kesemua peperiksaan tersebut. 

Oh ya, peperiksaan akhir tahun pun ada juga ya setiap tahun. Bayangkanlah, berapa banyak peperiksaan yang harus kami lalui sepanjang tahun. To be honest, shinri tak pernah buat betul2 stiap exam akhir tahun since form 1 okay. Bukan sebab malas tau. Tapi memang sebab shinri yang memang malas nak study. Hahaha. Okay, bayangkanlah. Contoh ea, shinri dah habis exam PT3. Tak lama lepas tu, shinri kena hadap exam akhir tahun pulak. Exam sub2 agama pulak. Ibarat macam tu la. Okay, faham tak ?

Baiklah, shinri cerita sini. Kita habis sini je. ok ! Ada pepatah mengatakan "orang yang suka bagi alasan ni susah nak berjaya". See? itu semua alasan je. Penat lah, malas lah. So, apa yang shinri cerita tadi tu apa yang shinri lalui lah masa zaman shinri dulu. Tapi sekarang, sistem nya dah berubah sedikit. Shinri tak berapa pasti makin susah atau makin senang.
Jadi, kalau korang ada adik-adik yang nak masuk sekolah agama di Johor ni boleh lah rujuk
student2 yang sdg belajar di sekolah2 agama. 

Sebab sistem peperiksaan untuk bidang agama dekat sekolah tu dah berubah. Masa zaman shinri dulu lain. Tapi nama exam tu still sama. Like as SMRA, SMA. Semua tu laa. But, don't worry. Exam2 tu still ada. Belum dimansuhkan lagi. Hihiii. Eh, dah sasar jauh ni.

Haa, itu baru introduction. Maaf, shinri kalau dah sembang sampai ke esok tak sudah. Hihiii. The purpose that i want to ketengahkan about STAM ni sebabnya shinri adalah graduan lepasan STAM tahun 2017 di sekolah yang sama shinri sekolah since form 1. Ya, STAM bukan di universiti. Tapi di sekolah. Macam STPM la.. Setaraf kan. Haa gitu. The main purpose i want to highlight about STAM ni adalahh ... ermmm. Ianya TAK MUDAH. tapi TAK juga SUSAH. What's the mean of those words?

Okay. Result STAM adalah menggunakan pangkat. Etc :

1. Mumtaz Sofi (Semua cemerlang) *paling tinggilah kiranya
2. Mumtaz (Cemerlang)
3. Jayyid Jiddan (Baik)
4. Jayyid (Memuaskan)
5. Maqbul (Lulus)
6. Rasib (Gagal)

Tapi, apa yang shinri nak kata dekat sini. Kalau result korang Mumtaz. Itu dah dikira korang dapat 4 flat. Ni mumtaz tau. Bukan mumtaz sofi. How to get Mumtaz, shinri? Haa, ni shinri nak share. U want to get mumtaz, u kena score 5 subjek (mumtaz) from 10 subjek. Dan lagi 5 subjek tu MESTI jayyid jiddan. Itu secara basicnya lah. Yes, u're right. Study bukan untuk exam, right. Tapi, apa yang shinri nak tekankan dekat sini. Bila kita ada kesempatan untuk rebut peluang tu, rebutlah. 

sumber: google

Then, shinri. How to score those 5 subjects? Macam susah jeeee. Banyak tu 5 subjek.

Secara umumnya, STAM ada 10 subjek.

 1. Hifz Alquran dan Tajwid
 2. Tauhid dan Mantiq
 3. Adab dan Nusus
 4. Insya' dan Mutolaah
 5. Tafsir dan Ulumuhu
 6. Balaghah
 7. Arudh dan Qofiyah
 8. Nahu dan Sorof
 9. Hadith dan Mustolah
10.Fiqh dan Faraid

Shinri, apa tuuuuuu ??? Kenapa ada *dan dekat setiap subjek tu? Banyaknya... Kata 10 subjek. itu dah 19 subjek. Ape cerrr ni shinri? ... Susah lah nak score macam ni.

To be honest, yes. Sebenarnya STAM memang banyak subjek yang perlu dipelajari. Bukan shinri nak permainkan korang. Tapi, macam mana eak nak bg expalanation kat korang ? hihiii. Okay, shinri try explain semampu shinri nak bagi korang faham. Kalau shinri explain one by one for each subject, okay ke dakkk ? Kang explain panjang2, bukannya baca pun. Hihiii. But, shinri harap siapa yang betul2 minat nak ambik STAM ni. 

Teruskanlah perjuangan tu. And bagi siapa2 yang parents suruh ambik STAM pun, teruskanlah juga walaupun tak suka. Tapi, tolong jangan rasa diri terpaksa. Sebab, kita belajar bukan kerana terpaksa. Tapi kerana ilmu. DAN. Siapa2 yang tiada rezeki untuk dapat panggilan universiti dsb, teruskanlah juga perjuangan for fighting in this war becoz shinri pun serumpun dengan korang. Jangan patah semangat tau awak. Yakin, rezeki awak ada dekat STAM ni. InshaAllah ... aminn.

Okay, shinri try explain one by one. Hope u all try to understand my explanation.

1. HIFZ ALQURAN DAN TAJWID #

HIFZ ALQURAN
* 4 surah wajib dihafal. (Surah Lukman, Sajadah, Saba, Faatir)
Ada periksa bertulis serta *ujian syafawi. 
TAJWID
- Study banyak tajuk about tajwid in arabic language. Fahamkan semua topik.
For exam, fokuskan tajuk2 yang belum keluar atau soalan2 exam 2 tahun lepas. 

*ujian syafawi (ujian lisan)
- diadakan lebih kurang 2@3 bulan sebelum ujian bertulis.
- Content : 1. Hafazan 4 surah di atas
                  2. Soalan2 hukum tajwid
                  3. Hafazan hadis2 pilihan (telah ditetapkan)
                  4. Hiwar @ perbualan dalam bahasa arab. (insya')
                      * nanti akan diberi satu tajuk in arabic. Huraikan tntg tajuk trsebut.

2. TAUHID DAN MANTIQ #

TAUHID
-study about kejadian alam. U must understand about what u study in this subject. Kalau u faham apa yang u study, confirm u senang nak hafal content dia dalam bahasa Arab.
MANTIQ
- ya, tentang ilmu logik. kalau nak hafal subjek ni, better guna formula kalau guru korang ada ajar. Nanti u senang faham n senang nak jawab exam.

*subjek ini wajib lulus

3. Adab dan Nusus #

Adab
- okay, ini bukan lawak. Subjek ni bukan belajar adab tentang cara2 kita nak beradab dgn orang tua or dgn guru-guru. Tapi kita akan terokai about sejarah2 syair dan puisi zaman dahulu kala like as masa zaman pemerintahan uthman dsb. Subjek ni best kalau korang faham cerita. Nanti senang nak hafal.
Nusus 
- content about kita kena hafal syair2 dan isi2nya semua. Okay, nak hafal syair tu korang buat lah lagu korang sendiri. Confirm best sangat hafal n senang sangat nak ingat. Dm shinri kalau nak lagu yg shinri n kawan2 buat. 
*TIPS untuk score : usually, kalau exam tahun lepas dah keluar soalan tu, tahun ni tak keluar lagi dah. Kalau x faham, dm shinri dekat insta shinri

4. INSYA' DAN MUTOLA'AH #

Insya'
- insya' tu maksudnya macam karangan lah. Subjek ni akan suruh kita buat karangan. Pilih salah satu tajuk yang diberi. Alaa. macam soalan karangan bm, bi tu laa. Tapi ini dalam bahasa Arab pulak. * 
TIPS untuk score : Buat karangan sendiri, bukan karangan hafal. Cuma hafal point2 yang penting in Arabic.
Mutola'ah
- subjek ini akan diberi satu petikan dan soalan2 pemahaman. Okay, ini boleh score. Korang tahu kan soalan2 pemahaman dlm exam bm. Haa, ni lebih kurang je macam tu. And plus ada soalan mufrodat, mudod (perkataan same meaning and berlawan) dan ada kena buat ayat brdasarkan perkataan yang diberi. Ini kena buat latihan sikit laa. 5 soalan sahaja untuk buat ayat tu. Easy2 je. Banyakkan vocab arab ok.

5. TAFSIR DAN ULUMUHU #

Tafsir
- for this sub, shinri suka. Even though shinri terpaksa belajar sendiri sikit2. Okay, shinri share sikit. Kalau korang nak faham n hafal cepat, minta nota Tafsir drpd sekolah Maahad Johor. Review drpd khulasoh yg ustazah sekolah tu buat sangat2 membantu student2 macam shinri ni yang suka khulasoh2 yang ringkas tapi padat. 
*TIPS untuk score : do analysis dgn cikgu2 or kwn2 atau rujuk telegram/whatsapp utk dpt soalan2 yg mungkin keluar exam.
Ulumuhu
- ya, kena hafal semua. Sebab tak banyak tajuk. *TIPS : buat nota ringkas dalam satu kertas A4. ringkaskan semua topik yang ada. Hafal satu kertas tu je. Itu yang shinri buat. Hihiii.

6. BALAGHAH #

- for this, i can't give u the best tips becoz shinri pon tak berapa score subjek ni. Tapi, kalau korang nak betul2 faham subjek ni, minta penerangan yang jelas drpd asatizah korang. Srs, kalau faham semua yang terkandung dlm subjek ni, sangat2 senang nk score dalam exam. Cuma kena hafal makna2 itu biasa. Hihiii.

7. ARUDH DAN QOFIYAH #
 
*srsly, i'm so loving with this subject so muchhhhh. Subjek ni korang WAJIB score.

Arudh
- subjek ni kena hafal dia punya formula. Confirm korang dapat score. Dm shinri kalau nak nota yang shinri buat. just a page only utk hafal. Okay xpe, nanti kalau shinri berkesempatan, shinri scankan nota tu and share dkt sini ok.
Qofiyah
- ini pun sama juga. nanti shinri scan notanya.

8. NAHU DAN SOROF #

Nahu 
- nahu kalau dlm bm mcm kita bljr tatabahasa lah. Sub ni memerlukan pemahaman yang tinggi. Jadi, kalau korang nak score subjek ni dengar betul2 and fokus time ustaz@ustazah tgh mengajar. Bila x faham, terus tanya okay. Dan banyakkan buat latih tubi. InshaAllah cemerlang subjek ni.
Sorof
- okay subjek ini pun lebih kurang dengan nahu juga. Untuk STAM x banyak yang perlu dihafal utk this sub, but still kena wajib faham kalau nak score.

*credit to : ustazah salinah for sub nahu and ustazah hazni for sub sorof. Thank u so much ustazah for teaching me. Setakat ni mereka ajar shinri, berjaya buat shinri jatuh hati dengan subjek ni. Tak banyak hafal tak apa, tapi banyakkan buat latih tubi. Lama2 terhafal juga..

9. HADITH DAN MUSTOLAH  #

Hadith 
- okay, srs banyak sangat topik dalam subjek ni. shinri pun tak mampu nak hafal semua. Untuk subjek ni, cikgu korang mesti ajar semua topik kan. Tapi kalau tak sempat untuk study semua topik, fokuskan tajuk2 yang belum keluar atau yang dah lama tak keluar exam okay. Dan fahamkan semua topik itu bonus bagi kalian2 semua. :)
Mustolah
- mustolah lebih kurang macam sub ulum tafsir tadi. Kena hafal semua tapi sub ni lagi banyak sikit. And pjg2 jugak kalau nak hafal tu. Jadi, caranya lebih kurang mcm ulum tafsir tadi iaitu buat nota ringkas n padat. Hafal semua muradifat and tasmik dgn guru atau kawan2. N dont forget buat latih tubi.

10. FIQH DAN FARAID #

Fiqh
-sub ni shinri suka juga. sebab subjek ni kena banyak faham. Baru senang nak hafal. Subtopik dlm subjek ni such as talak, rujuk, 'idah, arak, zina, akikah, korban. Haa, best kan belajar benda tu semua. So, nak score subjek ni x susah. Faham, hafal, latih tubi. U'll get Mumtaz, confirm. inshaAllah ...
Faraid
- okay, subjek ni nampak susah. tapi bila kita faham pembahagian harta2 tu diberi kpd siapa2 smua tu. InshaAllah mudah je. Kalau x faham, rujuk dekat asatizah okay. Bagi sampai mantap. 

Cukup 10 subjek shinri explain dkt korang. Maaf kalau x memadai. Okay, shinri selit lah sedikit tips yg inshaAllah membantu kalian2 yang nak amik exam STAM ni.

1. Jangan ada rasa terpaksa sedikit pun untuk menduduki exam STAM ni.

2. STAM memang banyak menghafal. Nak mudah hafal, cari waktu2 yang sesuai.
    Etc : waktu pagi (sebelum atau selepas Subuh)
          : antara waktu maghrib dan isyak
          : waktu malam/ sebelum nak tidur

3. Banyakkan buat latih tubi. Paling penting adalah kefahaman dlm sesuatu subjek.

4. Gunakan media sosial sebaiknya. Such as TELEGRAM untuk dptkan nota2 dari sek2 lain atau soalan2 target@spot utk exam tahun ini.

5. Study group dengan kawan2. Saling bantu-membantu dan ajar rakan2 yang lemah. tAKMau sombong2 or selfish okay. hikhikkk

6. Buat solat2 sunat like solat tahajud, dhuha. Becoz kita as a student, perlukan ketenangan jiwa lebih2 lagi kalau bab2 nak mnghafal ni. Not easy yaahh.

7. Tetapkan matlamat. 'SAYA NAK MUMTAZ SOFI'.

8. Minta restu guru2 serta ibu bapa dan juga rakan2. (Jaga hubungan baik dengan Allah, manusia, dan alam)

Setakat ini shinri rasa itu sahaja yang mampu shinri kongsikan dengan korang semua. Shinri harap sedikit sebanyak dapat lah membantu adik2 atau kawan2 yang bebetul nak amik STAM ni atau kena suruh dgn mak ayah pun tak pe lah. Becoz mak ayah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. U as their child, u must understand them too okay. Kalau ada apa2 nak tanya, boleh komen di petak bawah. Ataupun dm je shinri dkt insta dsb. inshaAllah shinri akan bantu mana yang shinri mampu.

Lastly, good luck and all the best to all candidates STAM in this country. Show the world that kita orang Islam ni mampu berjaya even belajar agama sekalipun. That's our goals. Arachiii? Hihiii. 


Comments

  1. Assalamualaikum akak,saya nk tnya boleh ka klau dari sekolah menengah biasa..Andthen tiba ii ubah fikiran nk ambil STAM..😂

    TERIMA KASIH😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. maahad imtiyaz,ipoh,perak

      situ antara sekolah yg amik pelajar even dia bukan dari sek agama ... great school

      Delete
  2. Dlm ujian lisan Hifz Al Quran tajwid tak ditanya langsung

    ReplyDelete
  3. Anak saya thn depan umur 20 thn kalau dia nak ambil stam disek kerajaan boleh ke sedang anak saya hanya ada sijil tahfiz dan sedang menunggu result spm

    ReplyDelete
  4. Saya lawat ig akak tapi tak jumpa 😅

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Temuduga Kaunseling UUM 2018

Interview IPG (Bahasa Arab) 2017