Kenapa Aku Menulis?


Assalamualaikum dan hai.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


sumber : google

Today saya nak berkongsi sedikit lah dengan korang semua. Ya, janji. Sedikit sahaja, tak banyak. Sikit-sikit pun berpuluh-puluh ribu patah perkataan. Hahaha, itulah istilah sedikit bagi seorang ‘shinri’. Kehkehhh..

Saya nak kongsi lah ‘sedikit’ yang tadi tu kenapa saya menulis? Erm, menulis … Tapi macam menaip je? Dah lama juga lah saya terfikir. Kenapa penulis-penulis ini dipanggil penulis sedangkan mereka menaip dalam komputer riba mahupun komputer. *renung sejenak …

HA. HA. HA.

Okay, got it. Because they write on paper first before typing at Microsoft office or something else. Am I right? *kalau salah tolong tunjukkan.

For me, no wonder mereka tulis atas kertas dahulu. Mana ada penulis-penulis hatta yang dah professional sekalipun yang terus menaip di komputer riba terus. Mungkin ada lah juga, tetapi most of them mesti tulis idea-idea atau ilmu-ilmu yang mereka nak sampaikan itu dalam buku nota mereka terlebih dahulu.

After siap mengarang, baru mereka taip dalam komputer.

Setiap manusia dalam dunia ini PASTI Allah dah kurniakan kelebihan dalam diri masing-masing. Cuma antara kita nak gunakan kelebihan itu kearah kebaikan atau keburukan. Hatta orang yang kurang upaya itu pun Allah kurniakan kelebihan buat mereka. Orang yang Allah kurniakan penyakit buat mereka as Sindrom down, autisme and something else pun Allah kurniakan kelebihan buat mereka iaitu syurga. Subhanallah, syurga buat mereka.

Baiklah, kenapa saya menulis?

Sebenarnya, saya bukanlah orang yang rajin untuk menulis. Bukanlah ada bakat terpendam dalam menghasilkan penulisan sendiri.

Akan tetapi, saya suka untuk bercerita. Berkongsi pengalaman sendiri. Pengalaman yang saya suka untuk dijadikan pengajaran agar tidak tersilap untuk membuka langkah yang seterusnya.

Sewaktu zaman persekolahan dahulu, tidak pernah saya memasuki apa-apa pertandingan menulis sekalipun. Sebabnya pertandingan itu memerlukan latihan yang mantap dan secukupnya sedangkan saya tidak mempunyai apa-apa kelebihan dalam bidang penulisan.
Yeahhh, I like writing. That’s all can I say. I like writing diary but I don’t like when someone read my diary. I hate that. So I stop from writing diary. Diary tu adalah tempat untuk kita luahkan perasaan yang terbuku dalam hati.

But, when I think again. Why not kita luahkan perasaan dekat Allah daripada menulis diary? Seriously, hati akan rasa lebih tenang bila kita kongsi segala masalah dengan Dia. Lebih selesa apabila kita bercerita dengan dia. Sebab Dia je yang faham kita. Am I right?

Even kita tak boleh nampak Allah depan mata kita, tapi kita boleh rasa yang Dia betul-betul dekat dengan kita.

Second, saya buat akaun blog since I was at primary school. Tapi masa tu saya buat blog hanya sekadar suka-suka sahaja. Sebab saya suka tengok blogger-blogger yang hias blog dia cantik-cantik. I’m so excited, you know? So, I just follow them haha. Suka sangat ikut-ikut orang. Yes, I’m a woman. Perempuan pantang tengok benda cantik-cantik. Semua nak ikut. Haha.

Next, saya actually tak berapa suka membaca. But, setiap orang mesti ada benda yang dia minat, ada benda yang tak minat. Dan every person suka something yang tidak membosankan bagi dia.

Okay, kalau macam saya. Saya suka membaca andai benda itu tidak membosankan bagi saya.  Most of people lebih suka membaca novel or komik berbanding membaca buku-buku motivasi, right?

Saya tak kata ‘tak ada orang yang suka membaca buku motivasi’.

Kalau macam saya sendiri. Saya lebih tertarik membaca sesuatu yang dapat menarik perhatian saya. Contohnya seperti gambar-gambar, sesuatu yang berwarna-warni, quotes-quotes or kata-kata motivasi dan juga cerita tauladan.

Sesiapa yang sama seperti saya, pass sikittt !!!!

Because saya akan cepat mengantuk bila baca buku. Especially yang saya rasa saya malas nak baca. Ish, terukkknyaaa.

Basic untuk menjadi seorang penulis adalah membaca. Because ‘membaca jambatan ilmu’. Ni kalau membaca pun malas, mana nak dapat ilmu tu? Macam mana nak sampaikan sesuatu ilmu tu kan.

So, I forced myself to read something yang menarik minat saya.

Yaahh, I like going to bookshops. Saya suka tengok buku-buku banyak-banyak. Saya suka pergi perpustakaan. Tapi saya tak mampu nak beli buku-buku yang saya minat banyak-banyak. Jadi, saya minta izin ibu saya untuk membeli satu buku yang saya betul-betul tertarik untuk baca.

Dan.

Salah satu kelebihan duduk asrama adalah.

Saya dapat pinjam buku-buku kawan-kawan untuk dibaca. Saya banyak baca novel HILAL ASYRAF. Subhanallah .. Penulisan dia saya puji sangat-sangat. Saya tak pernah beli buku dia. Semuanya yang saya baca saya pinjam dari kawan-kawan. And start from that, I love reading.

Saya pernah.

Pernah tumpang tidur di rumah kawan saya di Pasir Gudang sewaktu pulang dari asrama. Saya duduk di Johor. Tetapi seumur hidup tak pernah jejak kaki dekat Pasir Gudang. Biasa pergi Johor Bahru je lah. And that was first time I went to Pasir Gudang and I was excited.

And.

That was my first experience taking a bus to back home. Bukan first time naik bas tau. Okay, bukanlah sebenarnya saya nak cerita perkara itu. Hehehe.

I just want to share that dekat rumah kawan saya tu banyak sangat buku. Ada satu rak besar tu memang penuh dengan buku. Baik buku motivasi, buku novel, komik. Haa, semua ada. I was very excited that time.

But I can’t read all of them in one time. Sebab saya tumpang rumah dia just 2 days and 2 night only. And tujuan saya balik rumah dia adalah sebab saya nak belajar waktu tu. Because exam dah dekat sangat. Banyak lagi tak buat revision. So alasannya sebab nanti balik rumah sendiri tak belajar. Hahaha, ya. Ini biasa bagi budak asrama.

Next.

I am write because I want to try.

Try to spread dakwah and ilmu.

To be honest, saya bukanlah orang yang layak. Masih banyak perkara lagi yang perlu saya pelajari. Sangat banyak.

Cuma, saya pegang kata-kata ini. ‘Kalau bukan kita, siapa lagi?’

Macam tadi yang saya kata. Ada orang dikurniakan dengan kelebihan melukis, ada yang pro dalam bersukan, ada juga yang mahir dalam menyanyi. Jadi, why not kita gunakan kelebihan tersebut kearah kebaikan? Gunakan untuk menyampaikan dakwah.

“Alaa… aku bukannya baik sangat pun”.

“Aku tak ada ilmu lah nak bagi tazkirah semua ni. Ilmu aku cetek sangat”.

“Tak nak, segann. Nanti orang kata aku nak tunjuk baik je".

Nak ajak orang lain buat kebaikan, bukan mudah. Itulah cabaran yang akan kita hadapi. But, kalau niat kita baik, niat kita sebab nak redha Allah. InshaAllah Dia pasti akan mudahkan. 

DAKWAH. Bukanlah bererti "aku lebih baik dari kau".

Tapi maksudnya adalah "aku berubah ke arah yang lebih baik dan dalam masa yang sama aku mengajak orang lain untuk turut berbuat baik".

Betul.

Terkadang kita rasa tak layak untuk mengajak orang berubah. Tak layak untuk menasihati orang lain.

But.

As long as you're a Muslim, wajib buat kita untuk berdakwah. Hatta buruk mana perangai kita sekalipun. People change. Sekelip mata sahaja kalau Allah jentik hati dia untuk berubah, pasti dia akan berubah juga. So, jangan menghukum orang lain. Its more better if kita teruskan perbaiki diri sendiri. Kan?

LASTLY.

Cabaran untuk diri saya sepanjang saya menulis, walaupun saya masih baru dan mentah dalam dunia penulisan ni adalah niat dan keikhlasan dalam hati.

Kenapa saya cakap macam tu?

Keikhlasan tu cuma Allah yang boleh menilai. Kadang-kadang kita sendiri keliru dengan hati kita. Aku ni ikhlas ke tidak buat benda ni? Kan ! Tapi apa yang boleh kita buat adalah sentiasa tajdid (perbaharui) niat ke arah yang lebih baik. Nak ikhlaskan hati sangat susah sebab hati kita ni sering berubah-ubah. Tapi, sentiasalah bersangka baik dengan Allah.

Sebab. 
Allah tak jadikan sesuatu itu dengan begitu mudah.

Maksudnya. Kalau kita nak jadi baik, pasti ada ujian yang Allah turunkan. Tak mudah untuk kita lalui, tapi sebab Dia yakin yang kita mampu harungi ujian tersebut.

Saya mohon doa daripada sahabat-sahabat saya yang sudi membaca penulisan saya yang masih mentah ini. Doakan semoga saya diberi kekuatan serta keikhlasan hati dalam menyampaikan sesuatu yang inshaAllah bermanfaat kepada diri saya dan semua yang membacanya.

Andai ada kekhilafan serta kesilapan yang saya lakukan sama ada sengaja atau tidak dalam penulisan saya, saya mohon tegurlah saya. InshaAllah saya akan perbaiki dari semasa ke semasa. InshaAllah aminn ...

Terima kasih kepada semua yang sudi membaca bingkisan kecil ini.

Saya akhiri kalam saya dengan ucapan ...

Assalamualaikum w.b.t. :)



Comments

Popular posts from this blog

Apa itu Sijil Tinggi Agama Malaysia a.k.a. STAM ?

Temuduga Kaunseling UUM 2018

Interview IPG (Bahasa Arab) 2017