Ujian Memandu Kereta Kelas D (Manual)

Hai dan Assalamualaikum. 

Bismillah. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagu Maha Pengasih.

Hari ini shinri nak bawa kalian semua ke tempat kelas memandu kereta shinri. Shinri ambil ujian memandu kereta manual. Okay, sebenarnya shinri dah lama gilaa nak update pasal benda alah ni la. Tapi selalu tak berkesempatan. Bukan sebab tak ada masa. Banyak je masa yang shinri ada. Cuma, faham-faham je lah. Okay, shinri tak nak buang masa dengan manaip panjang-panjang sebab shinri tahu yang kalian semua bukan nak baca apa yang shinri membebel or berleter ni kan. Sebab shinri pun macam tu juga. Kalau ada something yang important kita nak search kat internet, kita akan baca point-point yang penting saja kan. Hihiii, its okay. Tak apa, shinri faham. 

Baiklah. Shinri ambil ujian kelas memandu ni pada umur shinri 19 sebab umur 18 shinri masih sekolah asrama lagi kan. So, agak susah la nak ambil. Nak ambil ujian memandu kereta ni ada 2 pilihan. Kita boleh pilih sama ada nak belajar auto ataupon manual. 

Auto tekan minyak je jalan. Pergi gear D, tekan minyak jalan. Kalau manual kena tekan paddle clutch dulu yang dekat kaki, baru boleh masuk gear satu. Haa, gitu laa. Kelebihan kalau kita ambil manual, kita boleh drive kereta manual and also auto. Tapi, kalau kita ambil auto, kita tak reti nak bawa manual. Kena belajar sendiri la gitu kan. Haha, tapi kannn tapi kan, kalau macam shinri ni belajar manual. Tapi tak mahir lagi bawa manual dekat luar. Hahaha. Sebab manual ni senang mati enjin kalau kita tak pandai imbangkan clutch dengan minyak. Haa gitu lah. Sebab tu lah kebiasaannya lelaki lah yang mahir bawak manual ni. Perempuan lagi senang bawa auto je. Hahaha.

Okay, baiklah. Shinri share dekat korang pengalaman shinri semasa belajar drive kereta manual ni ea. Tapi, mostly shinri share step-step nya guna gambar yang shinri capture ok. Sebab shinri ada tulis dalam buku nota shinri lah. Tak kan lah shinri nak taip one by one dekat sini kan. Rajin betul lahaiiii. Huhuuu.  So, shinri harap dapat membantu lah untuk adik-adik or kakak-kakak yang nak masuk kelas ujian memandu kelas D (manual) ini ya.

Oh ya. Harga ambil lesen ni berapa ya ?

Kalau shinri, sebab shinri ambil dekat agen yang mengajar shinri drive ni. Shinri ambil dekat Akademi Memandu Ngah Sdn. Bhd. dekat Kluang. Agen tu dia jemput shinri dari rumah ke tempat belajar tu and balik pun dia hantar juga. Dari rumah shinri ke tempat belajar tu lebih kurang 45 minit or satu jam gitulahh. Dan dia juga guru yang mengajar shinri drive kereta. So, shinri dapat harga RM 1680. Tapi usually, harga tak sampai pun macam tu kalau korang pergi sendiri dekat tempat tu kan. Bayar boleh ansur-ansur. 

Tempoh belajar ikut jam. Kalau korang rajin pergi belajar, cepat lah korang habis belajar. Uish, nak test JPJ tu yang paling takut and seram. Korang boleh search sini untuk baca tips-tips nak hadapi test JPJ based on shinri punya experience la. Esp untuk kaum-kaum hawa macam shinri. Hihiii, biasa perempuan ni dia punya takut lain macam enn. Bukan macam lelaki. Benda-benda macam ni dialah yang memang expert. Expert-expert pun jangan over-confident sangat. Benda camtu lah yang boleh menyebabkan gagal dalam test. Kita buat biasa-biasa and lek-lek je.

Baiklah.

1. First sekali, kalian WAJIB kena datang. Kursus yang akan diadakan sebelum korang belajar drive nanti. 6 jam tau. Dari pagi sampai petang. Tapi, ada rehat lah sekejap. Kursus tu penceramahnya akan terangkan tentang undang-undang jalan raya. Dan apa yang penceramah itu sampaikan, semuanya akan keluar di soalan-soalan time ujian komputer nanti. And korang akan dapat buku yang macam dekat bawah ni sebagai panduan untuk ujian komputer nanti.


2. Second, nanti korang akan booking turn korang untuk duduki ujian komputer ni. Ujian komputer tu ada 50 soalan tentang soalan undang-undang jalan raya. Korang boleh rujuk buku yang korang dapat tu untuk lulus dalam ujian ni. Oh ya, nak lulus ujian komputer kena dapat markah 42/50. Tips untuk lulus : Buat soalan-soalan dekat buku soalan yang korang ada. Sebabnya adalah soalan yang keluar tak lari dari dalam buku tu. Huhu. 

Apa? Berapa markah shinri dapat? Alaa. Tak payah tahu lah. Markah yeshe2 je. 

Oooo okay lah. Okay. Alhamdulillah. Shinri got 49. Tips yang shinri buat adalah seperti di atas. Alah, ni bukan ujian SPM pun. So, dont worry. You can repeat this ujian tapi kena bayar lah dalam berapa ringgit ya ? Puluh-puluh juga la. Is it right? I'm not sure laa. 

So, make sure you buat betul-betul. Kalau tak, kena bayar and repeat kalau nak belajar drive kereta.

3. Next, kalau u all dah lepas ujian komputer u all boleh lah belajar bawak kereta.. Yeaayyyy !!!! But, u must learn this first. Yang dekat bawah ni. 



Okay, korang bacalah dulu dan fahamkan. Kertas ni shinri dapat dari cikgu shinri. Nanti kalau korang nak belajar kereta, korang dapat jugak lah macam ni. 

Benda ni, RPK dengan RSM kena praktikkan selalu sepanjang belajar kereta. Sebab nanti kita kena buat time test JPJ depan tester JPJ tu. Perghhh, nerves sangat.. Seram. Hahaha.

4. Okay, then. Korang akan belajar dekat litar first. 

Ada lima perkara yang akan korang belajar dekat litar.

(i)   Naik turun bukit
(ii)  Selekoh S
(iii) Selekoh Z
(iv) Parking sisi
(v)  Tiga penjuru

Baiklah. Korang rujuk gambar-gambar yang shinri paparkan ni tau. Hope dapat membantu kalian semua.

[1] Naik turun bukit. 



[2] Selekoh S 


[3] Selekoh Z 


[4] Parking Sisi



[5] Tiga Penjuru



Baiklah. Sedikit sebanyak dapat memberi panduan kepada kawan-kawan dekat luar sana okay. Haa, dekat bukit tu jangan takut. Buat relaks je. Shinri pun part yang paling takut dekat bukit lah. Nervous gilaa bila naik bukit tu. Naik tu ok lah. Nak turun tu yang takut. Takut terundur ke belakang. Time test JPJ pun kan dia bagi chance 2 kali time dekat bukit. First shinri stop tak sampai dekat petak kuning. Then shinri undur ke belakang semula. Kali ke dua, alhamdulillah. Lepasss.

Sebab apa tau. Ujian naik bukit ni adalah ujian first korang kena buat time test JPJ nanti.
Perghh seriiaauuu rasanya. Tak lepas bukit, tak boleh pergi tempat lain dah. Kena repeat next time la jawabnya. HUKHukkk.

5. And the last. Bila korang dah habis belajar dalam litar 6 jam, kita pergi keluar jalan raya jommm. Huhuu. 


Dekat jalan raya, korang kena mahirkan and biasakan la macam biasa. Ingat step-stepnya. Dekat mana nak bagi signal, nak tukar clutch, nak berhenti. Haaa semua tu laah. Masa test JPJ nanti korang kena buat sendiri. Abe-abe JPJ nanti tengok je apa yang kita buat. Dia cuma bagi lulus dan tak je. Huhu.

Oh yaa, ada lagi satu. Sebelum adik-adik and kawan-kawan nak test JPJ, akan ada satu ujian. Namanya ujian QTI. Kira macam ujian pra-JPJ lah. Ujiannya orang yang dalam tempat korang belajar tu yang akan test kita. 

Kita kena buat semua perkara seolah-olah kita tgh menghadapi test JPJ lah.

Nanti korang akan dapat helaian macam dekat bawah ni.


Ujian QTI tak payah risau sangat. Yang penting korang mahirkan semua perkara yang korang dah belajar okay. Ingat step-step nya. Itu paling penting. 

Kalau ada gambar-gambar yang tak jelas, korang inform shinri okay. Kalau ada apa-apa nak tanya, pun boleh. Sangat dialu-alukan. 

Sampai sini je kot rasanya. Shinri tutup kalam shinri dengan lafaz Assalamualaikum dan semoga berjaya buat kawan-kawan semua. Hope dapat membantu kekeliruan yang ada dalam benak fikiran korang. HIKHIKkk. Babaiii.
 

Comments

Popular posts from this blog

Apa itu Sijil Tinggi Agama Malaysia a.k.a. STAM ?

Temuduga Kaunseling UUM 2018

Interview IPG (Bahasa Arab) 2017