Sambung Study Mana ?
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Hai dan assalamualaikum semua ...
Alhamdulillah.
Kita merancang, Dia juga merancang.
Dan ketahuilah kawan-kawan semua bahawa Dia adalah sebaik-baik perancang.
Kadang kita minta pada Dia apa yang kita mahu, tapi Dia beri yang lain.
Dia beri yang lain itu adalah sebab Dia lebih mengetahui apa yang kita tidak ketahui. Kita tidak tahu sama ada apa yang kita mahu itu adalah yang terbaik atau tidak pada kita.
Jadi, the conclusion is ...
Bersyukurlah dengan rezeki yang telah Allah tetapkan buat kita.
And alhamdulillah ...
Saya dapat tawaran UM dalam bidang Kaunseling.
InshaAllah, doakan yang baik-baik buat diri ini.
Bagi diri saya sendiri, ini adalah satu rezeki dan juga cabaran buat saya. Sebab?
Mungkin sebab suasana @ persekitaran.
Mungkin juga sebab bidang pembelajarannya.
Dan sebagainya.
Pernah tidak kita terfikir?
Apa yang dimaksudkan dengan 'Allah uji kita sebab kita mampu'?
Mesti semua orang pernah rasa berada dalam situasi atau ujian yang kita sendiri rasa kita tak mampu nak hadapinya. Sebagai contoh, kita berada dalam situasi dimana kita tidak mempunyai cukup wang untuk membayar hutang-hutang yang kita pinjam.
Tapi apabila kita dapat menyelesaikan masalah itu atau menghadapi ujian itu, secara kita sedar mahupun tidak itulah hakikatnya. Bahawa kita telah berjaya menghadapi ujian yang kita rasa tak mampu untuk laluinya.
Serupa juga seperti kita hadapi peperiksaan SPM dan sebagainya.
Itulah hakikatnya. Allah uji kita sebab kita mampu.
The most important is, jangan pernah lupa pada Allah. Saat senang, mahupun susah.
Sebabnya Dia tidak pernah lupa akan kita.
Hahaha, okay dah jauh topik ni.
Baiklah, doakan shinri okay supaya dapat sambung study dengan jayanya. Doakan supaya shinri kuat untuk tempuh segala ujian yang mendatang. InshaAllah aminnn ...
Buat sahabat-sahabat yang tidak mendapat mana-mana tawaran, cuba mohon buat rayuan sekali lagi. InshaAllah, Allah lebih mengetahui yang terbaik buat kita semua.
And the last, good luck to all of u yang dapat mana-mana tawaran dan yang nak pergi sambung study di mana-mana institusi juga.
Dan yang paling penting, niat kita adalah untuk menuntut ilmu.
Okay, bai baii.
Assalamualaikum.
Comments
Post a Comment