43 Hari di Bumi UM

Hai dan assalamualaikum.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Allahuakbar. Maha suci Allah yang memberi kekuatan pada diri ini untuk melangkah dan terus melangkah maju ke hadapan.

Syukur alhamdulillah.

Here and now.

Aku belajar erti kekuatan dan ketabahan.

Andai dahulu, seringkali aku mengalirkan air mata hanya kerana ujian yang baru sedikit Allah turunkan.

Kini, aku menahan daripada terus mengalirkan air mata tersebut.

Kerana aku tahu, ujian ini yang akan membuatkan aku terus kuat.
Kerana aku tahu, ramai lagi orang di luar sana yang ujiannya lebih berat daripada aku.
Kerana aku tahu, Allah uji aku tanda Dia sayang.

SYUKUR.

Hari pertama.

Allah permudahkan segalanya. 

Aku belajar sesuatu yang aku rasa sukar untuk aku lakukan. Tetapi sebenarnya ianya mudah. Cuma aku yang terlalu manja.

Suka bergantung pengharapan pada orang lain.

Terima kasih Allah atas kekuatan ini.

Suasana.
Persekitaran.
Pemandangan.

Syukur sekali lagi Tuhan hantar aku di bumi UM ini.

Sebenarnya, sebelum aku melangkah masuk ke sini lagi aku telah merasakan bahawa ini adalah tempat untuk aku menjejakkan kaki menumpang untuk menuntut ilmu.

Walaupun bidang yang aku ambil di sini agak tough, inshaAllah aku yakin bahawa ini adalah yang terbaik untuk aku.

Tiada yang lebih terbaik melainkan ianya perancangan daripada Allah.

HERE.

Aku belajar sesuatu yang aku tidak merasakan di bumi Maahad dahulu.

Kalau dahulu, aku tidak mempunyai dan tidak pernah bergaul dengan bangsa lain selain Melayu.

Kini, aku belajar untuk mengenali budaya non-Muslim. All of them are okay.

Seronok mengenali mereka walaupun agak sedikit janggal. 

Berdikari.

Duduk di bumi universiti, sometimes kau akan merasa apa itu alone.

Jalan seorang diri, makan seorang diri.

Itu normal.

Tak perlu merasa malu. Alone itu bukan bermakna kau tiada kawan. Kelak kau akan mengerti (buat adik-adik yang masih bersekolah).

BATASAN.

Andai dahulu, aku berasa sangat kekok untuk bergaul dengan berlainan jantina serta orang-orang sekeliling.

Kini, aku mampu untuk berinteraksi semampu yang aku boleh.

Andai aku terlupa pada batasan.

Aku mohon sesiapa yang mengenali aku, tolong ingatkan aku.

YA.

Bilamana kau melangkah ke alam ini, kau WAJIB jaga diri sendiri.

Sebabnya.

Kalau kau buat silap, tidak ada sesiapa yang akan tegur.
Andai kau ada masalah, tiada siapa akan peduli.

Kecuali, andai kau berkawan dengan "the true friend".

SOLAT.
BACA ALQURAN.
BELAJAR.

Kau rasa ada orang akan ingatkan kau ke andai kau tidak mengingatkan diri kau sendiri?

Ya. Here, I'm learning about BERDIKARI.

Berdiri di atas kaki sendiri.

JATUH BANGUN.

Alam universiti.

Semua akan bersaing.

Bersaing untuk mendapatkan markah merit dengan join projek-projek kolej, aktiviti-aktiviti universiti.

Dan masa itulah kau mesti bersedia andai nama kau direject.

Haha, its okay. Itu adalah nombor 2.

Kita datang sini dengan tujuan untuk menuntut ilmu.

Jadi, yang pertama adalah PELAJARAN.

Yeaaahhh, semua orang akan berlumba-lumba untuk dapatkan dekan.

If I'm not mistaken, UM pointer 3.7 baru dapat dekan.

Usually, universiti lain 3.5 dah dekan kan.

So tough, kan !

I think that's all that I can share with you all.

So, the main conclusion yang aku nak cerita dekat sini adalah ...

GUIDE YOUR WAY.

Pilih jalan yang betul.
Berdikari.
Achieve your goals.

Okay, thank you.



Comments

Popular posts from this blog

Apa itu Sijil Tinggi Agama Malaysia a.k.a. STAM ?

Temuduga Kaunseling UUM 2018

Interview IPG (Bahasa Arab) 2017