Kenapa Aku Cepat Kasihan pada Orang?


WHY ?

Kenapa sikap aku macam ni?

Ha ha ha.

Sesetengah orang mesti ada sikap tersendiri yang sometimes rasanya pelik
bagi diri sendiri atau pada orang lain lah.

Okay.

Kalau dalam entry macam ni, aku lebih suka untuk menggelarkan diri aku sebagai 'aku' lah hee. Kalian jangan pelik lah pulak.

Haaa, ni lah perangai pelik dalam diri aku.

Suka berubah-ubah.

Sekejap itu, sekejap ini.

Haha. Maafkan kekhilafan diri ini teman-teman ya, huhu.

Ha ni aku nak cerita sikit.

Aku tak tahu lah kenapa aku ni cepat sangat rasa kasihan atau simpati pada orang lain. Kiranya pada orang yang susah, orang kurang kupaya and something else gitu laaa.

Semenjak aku berada di alam universiti, lebih-lebih lagi di bumi Kuala Lumpur ni kan. Hahaha.

Banyak perkara yang aku tak pernah lihat sebelum ini, aku dapat lihat sekarang ni. Dan mungkin baru sedikit sahaja apa yang aku lihat ni sebabnya aku belum menjelajah ke seluruh bandar ini lagi.

Actually ...

Satu benda sahaja aku nak cerita dalam entry kali ini.

Haha, tapi macam biasa lah.

Bila perempuan yang bercerita, kesudahnya melalut-lalut (*eh, faham tak? haha) cerita nya. Keh keh keh.

Ada seorang senior aku ni. He is blind.

I'm not sure sama ada dia bersifat sebegitu daripada lahir ataupun sebaliknya lah kan.

Aku ni jenis yang agak jakun sikit. Sebab aku jarang keluar rumah sebelum ini.

Then, bila aku dapat lihat dunia luar.

I feel like .. aku bersyukur sangat hidup dalam keadaan yang sederhana di sini. Sebab ramai lagi dekat luar sana yang ujian mereka lebih berat daripada kita.

Nak dijadikan cerita pasal senior aku itu tadi.

Actually, aku tak berapa kenal sangat lah dia. Hehehe

But, srsly student-student UM so nice. Mereka semua sangat baik.

Cuma sometimes kan bila aku lihat senior aku tu ataupun tak kisah lah sesiapa sahaja yang bersifat kurang upaya, hati aku betul-betul tersentuh.

Aku selalu terfikir.

Macam-macam soalan dalam benak fikiran aku.

Macam mana dia survive diri dia?
Macam mana kalau dia jalan seorang diri?
Macam mana kalau tak ada orang yang bantu dia di saat dia betul-betul memerlukan?
Macam mana dia nak makan?

Dan ....

Macam mana dia hidup @ berdikari saat keluarga dia tanpa di sisi?

Because ...

Kebiasaannya, yang sentiasa peduli akan diri kita adalah ibu ayah serta keluarga.

Baiklah.

Aku akui.

Mungkin itu sudah kebiasaan buat mereka.

Mereka dah boleh survive diri mereka. Dah menjadi rutin buat mereka.

Tapi.

Pernah tak kita terfikir?

Perasaan. Kekuatan. Ketabahan. Kecekalan.

Yang telah mereka lalui sepanjang hari-hari mereka. 

Allahuakbar.

Dan mungkin sebab aku belum pernah berkawan atau kenal dengan orang-orang yang sebegini. 

Sebab itu aku mudah berasa simpati kepada mereka. 

And baru-baru ini ada majlis Anugerah Dekan dekat fakulti.

And do u know that my senior yang blind tadi tu dia berjaya dapat dekan wehhhh ..

And I'm crying that time u know.

Oh, sori. I forgot to say that He is Chinese.

Yahhh, aku menangis.

I told to myself " Kalau dia boleh buat, kenapa aku tak boleh? Alasan apa aku nak bagi kalau aku tak boleh buat macam yang dia buat? ".

Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah mahu kamu dustakan?

Allahu.

Tak ada alasan lagi untuk kita beri alasan.

EH, hahahaha.

Guys, try to be the best person.

Gagal itu tak mengapa, asalkan kita berusaha. Jangan ulangi perkara yang sama.

Doakan Ika ya semua. 

*Eh, Ika pulak dahh. Haha sorry banyak sangat nama ni. hekhekhek.

Yahh, thank you semua sebab sudi baca story aku. 

Moga kita sama-sama peroleh apa yang kita mahukan di dunia dan di akhirat.

*peroleh perkara yang baik-baik je okayyyyy !!

Hihikkkhokkkkk.

Okay bai2 dan Assalamualaikum.



Comments

Popular posts from this blog

Apa itu Sijil Tinggi Agama Malaysia a.k.a. STAM ?

Temuduga Kaunseling UUM 2018

Interview IPG (Bahasa Arab) 2017