KAS'12
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Hai dan assalamualaikum readers sekalian.
Huhu. Moga tahun 2019 ini menjadikan hari-hari kita lebih baik dari sebelum-sebelum ini.
Ya, sebelum ika mulakan entry ini, ika nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2019 kepada reader-reader sekalian.
Huhu, ya tahu ... terlambat sikit kan ! haha
Btw, maaf lerr haha. Kejap bahaskan diri shinri la, kejap aku la, kejap ika la.
Haha, terima kasih kepada yang siapa2 yang sudi membaca post-post ika dari yang sebelum-sebelum ni sehingga lah sekarang ni.
Haaa ..
Next, doakan supaya ika istiqomah untuk update entry dalam blog ni supaya tak lah berhabuk kan !
Orang nak baca pun kena tiup habuk dulu, baru boleh baca. Haha ~ okay, it's not funny.
Ni lah manusia. Actually, ika suka je menulis. Share experience sendiri. But, the main factor yang buat ika tak menulis adalah sifat malas. Haha
Padahal banyak sangat masa terluang. Tapi sayangnya, masa tu dibuang begitu sahaja dengan buat perkara2 yang kurang bermanfaat.
Okay la, start from now I decide to bahaskan diri I as Ika ok. Memandangkan dekat UM ni pun ramai yang panggil aku sebagai Ika sebab ika tak nak susahkan diorang panggil nama ika 'Zulaikha' sebab panjang kan. Susah nak ingat sebab panjang.
HA HA. Ye ke?
Alasan je tu sebenarnya. Btw ika more prefer orang panggil 'Zulaikha' lah kan sebab nama Ika tu tak ada maksud pun.
Cuba lah korang search apa maksud Zulaikha selain daripada nama isteri Nabi Yusuf a.s.
Haha, jangan nak muntah pula bila dah tahu maksudnya. Hhahahaha.
Sebab nama itu kan satu doa. Moga sifat tersebut benar-benar ada dalam diri Ika. InshaAllah aminnn.
Eh, macam dah lari tajuk je ni.
Okay. Sebenarnya ika nak share satu experience ika dekat UM ni.
Hah? ..
Wah, mesti korang teruja, kagum bila ika sebut UM kan. Alhamdulillah.
Apa? Untungnya dapat masuk UM...
Jujur, syukur ke hadrat Ilahi mengizinkan ika jejakkan dekat bumi UM ni.
Andai dahulu, ika menyifatkan sekolah lama ika sebagai Bumi Barakah Maahad, tidak salah juga andai ika menyifatkan tempat ika menumpang untuk menuntut ilmu sekarang ini sebagai Bumi Barakah UM.
Tang mana barakah nya tu? Allahu ..
Nak tahu barakah ke idok sesuatu tempat tu, ika tak layak untuk menyifatkannya. Itu semua kerja Dia.
Buruk mana pun sesuatu tempat itu, bukan kerja kita untuk menghukum.
Alhamdulillah, syukur. Ika dipertemukan dengan orang-orang yang sangat hebat dekat sini. Orang-orang yang baik.
Walaupun persekitaran dekat sini bukanlah seperti tempat belajar ika yang dahulu, its doesn't matter. Sikit2 Ika belajar untuk adaptkan diri dekat sini. Tapi banyak lagi benda yang Ika kena belajar. Very banyak... haha especially dari segi language untuk berkomunikasi dengan the other bangsa. Hahaha
Hidup dekat tempat orang, kena pandai jaga diri.
Kena pandai berdikari, berdiri di atas kaki sendiri.
Jangan pernah mengharapkan bantuan dari orang lain.
Jangan mudah percaya dekat orang walaupun dah rapat.
Jangan mudah terpengaruh dengan orang.
The conclusion is, pandai-pandailah kau hidup. Hahaha. Ok gurau je.
Okay, ika masuk topik entry.
Huhu, sori kalau korang bosan dengan celoteh ika ni. Yahh, I know it's very boring untuk orang yang malas nak baca panjang-panjang. Hahaha I feel u ok, becoz I pun macam tu. Haha
Orait, sebenarnya ika ada sertai Kem Asas Kesukarelawanan dekat UM masa awal bulan 12 hari tu. Nothing to share sangat la. Tpi ada la a little experience yang ika dapat.
Aku mohon untuk sertai kem ni sebab nak rasa pengalaman untuk menjadi seorang sukarelawan. Cuma konklusi yang aku nak simpulkan adalah nak jadi seorang sukarelawan itu sebenarnya bukan mudah.
Nampak mudah di mata buat orang yang belum ada experience. huhu
Tak semua orang mampu jadi sukarelawan.
First and paling utama adalah hati.
Kalau hati tak kuat, rasa sukar untuk melakukan kerja-kerja sukarelawan dengan baik.
Sebenarnya, seronok jadi seorang sukarelawan.
Tapi, keikhlasan tu sangat-sangat perlu.
Semasa kem tu, kami melawat rumah anak-anak yatim.
To be honest, itulah kali pertama ika melawat rumah anak-anak yatim.
Satu kelebihan bila kita jadi seorang sukarelawan, kita dapat melihat kehidupan orang-orang yang kurang bernasib baik.
Melihat kehidupan mereka, membuatkan ika rasa bersyukur dengan kehidupan ika yang sekarang.
Sesusah-susah kita, ramai lagi yang lebih susah daripada kita.
Sedikit-sedikit ika perhatikan kehidupan anak-anak yatim tersebut. Alangkah bersyukurnya aku dibesarkan oleh kedua ibu dan ayah yang sangat-sangat prihatin.
Bagaimana kalau aku berada di tempat mereka?
Tak dapat ika bayangkan.
Dalam usia yang begitu muda, yang belum mengenal erti kehidupan sebenar.
Berdikari melakukan segalanya sendirian.
Allahuakbar.
Masa tu baru ika tersedar yang ika sebenarnya belum pernah merasai hidup susah.
Syukur lah reader2 sekalian dengan kehidupan yang telah Allah aturkan untuk kita.
Adakalanya apa yang kita suka itu bukan yang terbaik untuk kita.
Adakalanya apa yang kita tidak suka itu lah yang terbaik untuk kita.
Yakinlah dengan aturan Allah.
Kalau korang nak tahu best ke tidak jadi sukarelawan, try lah dulu buat kerja-kerja sukarelawan.
Dekat mana-mana je ada. InshaAllah ...
Yang penting, ika nak ingatkan korang satu perkara. Sebelum bergelar sebagai seorang sukarelawan, ikhlaskan hati dan betulkan niat terlebih dahulu.
Nanti korang tahu kenapa ika cakap macam tu. Huhu.
Btw, for me pengalaman jadi seorang sukarelawan tu lah benda yang paling seronok.
Dapat membuka mata hati kita. InshaAllah .
Baiklah. Ika dah penat menaip haha.
Tak reti nak taip panjang-panjang.
Tulis karangan lima muka surat pun belum mampu, apa lagi menaip kan. haha
Terima kasih kepada readers sekalian sebab sudi baca entry ika kali ni.
Moga perkongsian yang sedikit ini mampu memberi manfaat kepada korang semua. InshaAllah aminn.






Comments
Post a Comment