SUKSIS MALAYA part 1
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Hai guys. Welcome back to my channel !!
Eh, tiber channel apo pulak. Ini bukan utube sayang oiii
Ok ok, sekali lagi.
Welcome back to my blog !!
Ha lama betul ika skip entry, tak pos pos kan.
Okay, kita back to macam first-first ika buat blog ok.
Ika start ber blog sebenarnya dah lama dah, since sekolah rendah lagi.
But masa tu budak-budak lagi ok. Tak tahu apa pun.
Ika buat blog ni sebab zaman-zaman dulu mmg zaman BERBLOG ok.
Bukan macam sekarang, zaman Utube. Instapemes. Tiktokers. Ha macam-macam ada dah kan.
Nampak tak yang saya ni dah tuaaaa... Huwaaaaa!!!
Ok, baru 21. eh tua juga la
Dah lepas teen. Ok, ignore it.
Ha masa tu ika suka tengok design blog-blog orang.
Ika tak minat pun menulis apa semuaa ni.
Hiyak.
But, karangan ika cantik tauuu..
Karangan dekat sekolah dedulu.
Kena puji dengan cikgu.
Sampai Ika form 5, kalau mata pelajaran BM je ika memang padu ar.
Eh bangga pula.
Tapi tu la ..
Bangga bangga pun tak ke mana pun.
SPM tak dapat A+ pun bahasa Melayu.
Kah kah.
Ok, rezeki masing-masing kan.
Yeah sambung balik.
Lepastu ika teruskan ber blog ni.
Design cantik-cantik, ni pun dah berapa kali ika tukar-tukar design ok.
Kebanyakannya ika meniru orang. Kah kah
Ha link blog pun dah beribu kali tukar ok.
Ni yang latest. shinrikha.
Nak tahu ke shinri tu apa?
Nanti la ika crita ok. Hat ni tajuk kita SUKSIS MALAYA
keh kehhh.
Ha ika cerita tentang my life yg sekarang la kan.
Awat suksis?
SUKSIS tu apa?
Nak cerita, tapi panjang bebeno. Maleh betul nak naip nya. kah kah
But untuk korang, i will share ok.
Ai know yang baca entry ai sekarang ni umur bawah-bawah ai je.
Hadek-hadek, sebab ai dah tua.
Sedar tak sedar dah dua tahun ai dekat UM sekarang ni.
Dan berbaki lagi dua tahun nak tamat belajar.
Doakan ika berjaya semuaa. Berjaya dunia akhirat. amin inshaAllah.
Ok.
Kita start.
Apa itu suksis?
Macam mana ika boleh join suksis?
Ok, suksis ni like salah satu badan beruniform dekat universiti. Persatuan gitu laa ..
Suksis ni polis, under PDRM.
Dekat setiap universiti mesti ada dia punya persatuan and kelab.
Kalau dekat UM ada 3 je persatuan uniform.
Suksis, Palapes Darat dan Palapes Laut.
Sikit kan.
Kah kahh.
Sebab dekat U lain ada jpam, ada air force.
Ikut lah U masing-masing.
Kalau kat UM ni diorang lebih aktif macam kesenian, aktiviti sukarelawan, projek-projek kolej. Ha gitu laa.
Korang kalau nak masuk mana-mana U, kena lah ambil tahu sikit-sikit kan.
Ha ni ika cerita sikit la tentang UM tau sebab ika belajar um.
Tak kan la ika belajar um tapi cerita tentang ukm pula kan.
keh keh.
So, suksis.
Macam mana ika boleh join suksis?
Actually laaa haaaa...
Ika takdak niat langsung nak masuk suksis keh keh.
Sebenarnya ika minat nak join uniform2 ni sebabnya adalah
First ika minat benda-benda ni sejak abang ika masuk askar. mueheheh
Yeah i know bukan mudah nak lasak-lasak.
Sebab ai lembut orangnya tapi kasar juga.
Second ai suka tengok orang yang pakai segak-segak ni.
Ha ni memang dari dulu lagi ika suka.
Sejak dari sekolah rendah. Ika ada dapat bantuan baju uniform puteri islam.
Segak naa ika pakai. Tengok orang lain pakai pun lawo
Yeah ika suka benda tu.
Dan kalau boleh, ika pun nak jodoh yang kerja beruniform ni.
Askar ke, bomba ke, navy ke, polis ke.
Eh melalut pulak daa. Kah kah
Ok sambung.
Itu dua sebab utama ika nak join persatuan uniform ni.
Dan
Actually ika nak masuk navy masa mula-mula tu. nak try
Tapi hmm punyalah ketat dia punya pemilihan.
Tinggi tak lepas, lepastu rabun.
Mueheheh.
Lepastu kan, aih kena lari 2.4km.
Semput den, dengan tak ada staminanya.
Maleh aku. Kah kah.
Ok, 2 kali kena reject dengan navy. ai giveup.
Lepastu dia suruh try army.
ika tak tahu la kenapa ika tak nak. Hahaha
Masa tu pasrah je lah sayangg. Memang tak dapat dah ni.
Ok then.
Sebenarnya salah satu lagi sebab kenapa ika beria nak masuk persatuan uniform ni.
Salah satu keistimewaan dia bagi
Dapat duduk kolej sampai tamat belajar. Elaun tu konfirm semua nak.
Ha dua tu laaa.. Ika nekad nak masuk uniform ni.
Serius time kena reject navy ika nangis semahunya.
Pedih sangat hati masa tu. Hahaha
Dah la abang-abang navy baik-baik gilooooo
Tak dapat la nak berjodoh dengan abang navy
Diorang hantar naik kereta balik kolej time kena reject tu.
Baik gilo ahh diorang.
Hahaha sebab tu ika nangis.
Bukan nangis sebab kena reject.
Kahahahahah. Tapi sebab tak dapat jumpa abang navy yg baik2 lagi. HAHHAHA
Woi bila ingat balik, entah apa-apa je laa.
Ok lepastu ika cuba suksis.
Nak ubat hati yang duka lara.
Sebab suksis buka interview lambat sikit dari navy.
Ika ajak kawan yang ika kenal dari navy yang sama-sama kena reject hari tu.
Ok kitorang pun pergi sama-sama interview fizikal.
Yang ni lawak k.
Masuk je bilik interview, nak cek berat dengan tinggi.
Ok btw untuk perempuan.
Tinggi kena 157 ke atas
Berat 45 ke atas. Eh, 45 ke 48 eak? Adeh ai tak ingat.
Yang laki, korang cari senior laki sana. Ai tak amik tahu
Hahahahaha
Ok lepastu cek tinggi n berat.
Waih. Baru cek tinggi dah kena reject. Tak sempat nak ujian fizikal lagi.
Huhuhuhu.
Tinggi tak lepas ui
Masa tu ika balik interview dengan kawan ika tu mampu ketawa je.
Takpe la. At least kita mencuba.
Masa tu dah pasrah je.
Tak pe la bukan rezeki dekat sini.
Tapi rupanya Allah nak bagi pelangi.
Tak tahu la rezeki tu datang bila-bila saja.
Tanpa kita jangka.
Now im here.
Ok lepastu ika cek nama dekat instagram suksis tu tau.
Eh ada nama ika untuk interview lisan.
Betul ke ni?
Lepastu ika tanya rumet ika sebab dia pun dapat iv lisan suksis tu juga.
Minta tolong dia tanyakan dekat senior yang incharge interview ni.
Dan, betul. Nama ika dapat.
Wau, macam amazing giloooosss
Then ika pergi interview lisan dengan member classmate lelaki.
Dia dapat juga iv tu.
Dia ajak ika pergi sama.
Ha pergi je laa.
Dan seriously ika memang main-main.
Persiapan ala kadar.
Yang ika tak boleh bla interviewer tanya tentang politik.
Memeiiii laaa ika tak dapat nak jawab.
Seriously im very passive dalam bilik tu.
Tak banyak cakap. Dan huish memang tak tau nak kata apa.
Memang confirm tak lepas.
Entah la, masa ni ika memang macam dah tawar hati.
Sepatutnya bila ada peluang kita buat la betul-betul kan.
Masa ni memang dah tak ada hati langsung
Tapi hati masih berharap.
Korang dapat bayangkan tak? Hahaha
Memang kerja gila.
Tapi Allah nak bagi pelangi lagi.
Mungkin dah jodoh kita.
One day tu, ika dapat call dari pejabat suksis
Cik Sab hehe. Tq cik sabbb
Tapi ika tak tahu la siapa yang pilih ika untuk masuk suksis ni.
Panjang betul kan journey ika masuk suksis ni.
Tapi ika kena cerita.
Cerita macam ni lah best.
Orang lain senang-senang dapat.
Kita macam-macam datang. Kah kah
Ok. Lepastu pejabat suksis call.
"Awak berminat lagi tak untuk masuk suksis?"
Wauuuuu. pehhh masa tuuuuu
Ya Allah hati ni Dia je yang tahu.
Lepastu ika jawab "ya, saya berminat".
"Ok, kalau awak berminat, awak boleh datang pejabat suksis nanti dan buat medical check up".
Ika rasa journey ika ni semua orang kena tahu. kah kah
Sebenarnya malu gila nak khabaq dekat orang.
Ye la, sebab kita tak layak pun.
Tinggi tak lepas. hmm
Entah la, tapi rezeki Allah nak bagi.
Weh, panjang lagi journey ika dalam suksis ni.
Ni baru nak masuk.
Bila dah dalam family suksis ni, makin banyak la nak ceritaaa...
Nak cerita sekarang ke nanti eak?
Ha ok ok.
Sekarang ni ika cerita basic je la.
Nak cerita journey dalam suksis memang panjang. Nanti sambung entry lain k.
OK
Syarat nak masuk suksis
Sama macam nak masuk polis.
Cuma suksis longgar sikit la
Nanti korang search je google. HAHAHA malasnya kau zulaikha nasrin. hekhek
Keistimewaan masuk suksis
1. kolej 12 sampai habis belajar
Weh korang kena tahu tau.
Kolej 12 um ni kolej paling best sekali. Kolej paling besar. Bilik paling selesa.
Satu bilik 2 orang je. Kolej lain satu bilik 3-4 orang tau.
Lepastu banyak makan kat kolej ni. Lepastu nk pergi mana-mana senang, ada transport. Bas etc.
Seriously korang kena masuk suksis. Suka ke tak suka, kena masuk suksis bukannya lah berat sangat pun.
Yang tak lasak pun sesuai masuk.
Korang kena tahu, nak cari rumah sewa bukan senang sekarang, ramai orang kena tendang kolej. Lepastu rumah sewa jauh, susah nak pergi kelas.
Sebab tu ika bersyukur sangat Allah bagi ika rasa masuk suksis. Nanti ika cerita journey ika tau.
2. Elaun
Hat ni ha semua orang memang nak la kan.
Okay kalau macam suksis duit masuk setiap bulan.
Satu jam latihan rm6.
Banyak kan.
Satu hari lebih kurang 8 jam latihan.
Latihan hujung minggu je. sabtu ahad.
Sebulan 4 hari je latihan.
So korang nak apa lagi?
Latihan bukan berat sangat pun.
Kawad.
Senjata.
Latihan fizikal.
Latihan fizikal pun ramai-ramai
Support each other.
Bukan sorang-sorang.
3. Latihan dalam dan luar UM
Haa bila lagi korang nak rasa pengalaman macam ni
Buat aktiviti luar UM
Setakat ni ika dah pergi Kelantan dengan Johor.
Untuk latihan.
Ok, ika tak pernah pergi kelantan ok
itu la first time ika pergi Kelantan.
Dan johor memang tempat ika.
Kitorang buat aktiviti kemasyarakatan dekat Tg Piai hari tu.
Allahu seronoknya Suksis.
Ha lagi satu, kitorang bukan latihan kawad, fizikal sahaja tau.
Kitorang buat aktiviti kemasyarakatan juga.
Hari tu kitorang buat aktiviti dekat rumah anak yatim ASDAF. area keyel je.
Dekat je, tapi seronok bukan main.
Layan adik-adik.
Ika tanya korang ea.
Mana nak dapat pengalaman macam ni?
Korang kalau join projek kolej pun, nak kena pi interview dulu.
Haa setakat ni itu antara yang best lah selama ika join suksis. Ika ada satu tahun lagi untuk habiskan suksis ni.
Tempoh dia 3 tahun.
Doakan kitorang dapat tauliah dengan baik.
Huwaaa.
sebab ni kan musim covid.
Banyak benda batal and tangguh.
Huwaa saya nak jadi inspektor k/s.
Nak tauliah pakai baju putih.
Walaupun ika tak ada kelayakan untuk jadi polis betul or mana2 badan beruniform lain.
Join macam ni je pun dah rasa seronok.
Pengalaman tu yang mahal.
Banyak benda ika nak share dengan korang.
Terlalu banyak.
Hahahahaha.
Becoz im so excited okieeee.
Mano abang-abang askar, ke polis ke. bomba kee.
Hahahaha.
saya tengah cari jodoh ni.
tibe ok bai.
Nanti ika sambung untuk next entry tau.
Kalau ada adik-adik yang berminat nak masuk suksis, roger je ok.
Nak tanya apa-apa, meh tanya sini.

Comments
Post a Comment