Hidup Ini ada Pilihan

Dalam hidup ni, kita ada pilihan. 

Kita yang memilih sama ada nak ikut jalan yang baik atau sebaliknya. Jalan kehidupan kita semua adalah berlainan. Ada orang yang sering diuji dengan pelbagai kesusahan. Ada pula orang yang kehidupannya berjalan lancar sahaja. Tapi pernah kita terfikir tak sebenarnya kehidupan ni ada pilihan.

Pilihan yang macam mana?

Kita ada pilihan untuk bahagia.
Kita ada pilihan untuk menderita.
Kita ada pilihan untuk berjaya.
Kita ada pilihan untuk jatuh.

Semua bergantung pada diri kita sendiri. Pada apa yang kita inginkan dalam kehidupan ini. Aku percaya bahawa setiap orang itu inginkan yang terbaik dalam diri dia. Tak ada siapa yang pinta untuk menderita dalam hidup dia. Semua orang nak bahagia. Dan aku percaya bahawa setiap orang pasti ada kisah perjalanan hidup tersendiri. 

Tapi macam mana kita nak tahu apa yang kita pilih dalam kehidupan ni?

Tengok balik apa yang tengah kita buat. 

Itulah pilihan yang kita pilih dalam kehidupan seharian kita. 


Aku pernah tersungkur.

Tak siapa tahu apa yang telah aku ketahui. 

Aku tak ada tempat nak kongsikan cerita aku.

Sebab aku malu. 

Malu sangat. Dan sehingga kini aku masih menyimpan seorang diri. 

Banyak kali aku cuba untuk keluar daripada pilihan hidup aku ini.

Aku lemah.

Aku jatuh.

Aku sakit. 

Ya ini pilihan hidup aku yang tiada siapa tahu. 

Aku hanya mampu lepaskan sakit ini dengan tangisan.


Comments

Popular posts from this blog

Apa itu Sijil Tinggi Agama Malaysia a.k.a. STAM ?

Temuduga Kaunseling UUM 2018

Interview IPG (Bahasa Arab) 2017