Hidup Ini ada Pilihan
Dalam hidup ni, kita ada pilihan. Kita yang memilih sama ada nak ikut jalan yang baik atau sebaliknya. Jalan kehidupan kita semua adalah berlainan. Ada orang yang sering diuji dengan pelbagai kesusahan. Ada pula orang yang kehidupannya berjalan lancar sahaja. Tapi pernah kita terfikir tak sebenarnya kehidupan ni ada pilihan. Pilihan yang macam mana? Kita ada pilihan untuk bahagia. Kita ada pilihan untuk menderita. Kita ada pilihan untuk berjaya. Kita ada pilihan untuk jatuh. Semua bergantung pada diri kita sendiri. Pada apa yang kita inginkan dalam kehidupan ini. Aku percaya bahawa setiap orang itu inginkan yang terbaik dalam diri dia. Tak ada siapa yang pinta untuk menderita dalam hidup dia. Semua orang nak bahagia. Dan aku percaya bahawa setiap orang pasti ada kisah perjalanan hidup tersendiri. Tapi macam mana kita nak tahu apa yang kita pilih dalam kehidupan ni? Tengok balik apa yang tengah kita buat. Itulah pilihan yang kita pilih dalam kehidupan seharian kita....